Pagi tadi hantar kakak Raisha ke sekolah macam biasa. Drop kat depan sekolah. Nampak ada guru-guru dan polis menyambut anak-anak. Sempat la Cie snap gambar sambil nak gerak terus. Berderet lagi kereta kat belakang nak drop anak.
Adik Rania takdela gambar kat pintu masuk sekolah, babahnya hantar. Macam tu la orang lelaki kan. Kalau tak pesan takdela dia gigih nak ambil gambar anak. Guru kelas je ada ambil gambar share dalam group.
Balik sekolah tadi Cie ambil adik Rania. Penuh kereta depan sekolah. Jem jugak la hari Isnin semua balik 1.15 petang. Selasa hingga Khamis tahap 1 balik 12.30 pm so takdela banyak sangat kereta parking depan sekolah. Jumaat pun sama nanti jem la semua balik 12.15 pm. Selalunya Jumaat Faiz la ambil adik Rania.
Adik Rania dapat pensil. Katanya dia datang awal tadi jadi makcik guard jela yang tunggu kat gate dan bagi pensil. Cikgu sambut lambat sikit kat gate darjah 1 je katanya. Ada maskot jugak tadi. Sekolah adik Rania ada 3 gate.
Dapat jugak nametag PSS yang order sebelum habis sekolah 2025. Dah tahun terakhir baru sekolah nak buat nametag. Tak boleh isi nama penuh. Jadinya dia letak la nama Syafiyah sebab dalam kelas kawan-kawan panggil dia Syafiyah. Nama Rania ada jugak kawan sekelas dia. Tu yang kena panggil Syafiyah.
Kakak Raisha pulak balik 1.30 sepanjang minggu ni. Babahnya ambil tadi. Katanya dapat pen masa cikgu sambut kat gate pagi tadi tapi dia bagi kat kawan. Dia taknak pen tu.
Takde apa cerita menarik la anak-anak pun dah besar. Masa anak-anak mula-mula bersekolah je banyak drama. Bila dah besar ni masing-masing dah pandai berdikari.



22 Ulasan
Terkejut sedikit nampak gambar, apapun kita hormati kita faham..good luck kepada semua pelajar yang kembali sekolah hari ini..belajar elok2 ya..
BalasPadamkena tutup muka anak2 orang tak boleh post sesuka hati.
PadamKalau sekolah kat sini semua darjah dan tingkatan akn daftar walaupun cuma bayar yuran je.. hehehe.. selamat kembali ke sekolah anak².. baiknya mak guard bagi pensel
BalasPadamoh tak sama ye. sini takde daftar dah. beli buku je. mak guard tu mewakili cikgu2 la untuk bagi pensil.
Padamseronok bila anak2 dh BTS heheh MZ tak sempat snap2 gmbr anak2 semlm sbb awal kuar rumah, gelap lagi!
BalasPadamMujurlah cikgu share gambar anak-anak. Ada jugalah tu kenangan di hari pertama sekolah.
BalasPadamAkak tertunggu-tunggu juga picture Wafi... tapi takde nya lah nak dapat 😁
Alhamdulillah. Kalau anak dah biasa dengan suasana sekolah, senang jew nak lepaskan dari pintu kereta. Selamat belajar anak-anak Cie.
BalasPadamAlhamdulillah semuanya ok ok tu =)
BalasPadamBanyak juga kisah2 lucu anak- anak yang baru masuk sekolah especially tahun 1 dan tadika di media sosial..kelakar ada..sedih pun ada..mak pak sedih menangis pun ada..eh...macam- macam
BalasPadamBila dah besar dah tak banyak dramanya apa lagi budak perempuan. Cool je
BalasPadamselamat kembali ke sekolah buat semua anak-anak :)
BalasPadamSelamat kembali ke sekolah buat semua anak anak. Naniey anak first ni banyak la penyesuaian nak kena buat. Dulu Naura pergi PASTI je. Sekarang KAFA lepas tu SK pula. Dah la lain lain tempat. Penat sikit. Sesetengah sekolah je ada KAFA terus. SK Naura tu pun ada tapi dah full masa pendaftaran hari tu. Apapun selesai hari pertama. Nasib baik tak de drama apa.
BalasPadamKalau hari pertama masuk sekolah, memang lah padaaat jalanan kan 😅. Kadang harus pagi2 sangat supaya bisa sampai awal.
BalasPadamItu bagusnya kalau anak2 dah besar. Dah tak ada lagi drama2 masuk sekolah 😄😅
Samalah first day sekolah jalan jem yang amat.. mesti ibu bape anak darjah satu dgn pra sekolah tu hahahah :D
BalasPadamBila start tahun baru persekolahan mesti jem teruk.. Mana-mana sekolah pun sama Cie. Pihak sekolah kena creative untuk tarik mood pelajar datang ke sekolah..
BalasPadamselamat kembali ke sekolah utk smua anak2...kita dh berlalu zaman cuti time 1st day ank start sekolah
BalasPadamSelamat kembali ke sekolah, anak-anak. Minggu ini perasan trafik ekstra sesak pagi-pagi buta. Belum pukul 7 pagi, jadi faham, semua nak hantar anak sekolah.
BalasPadamSelamat kembali ke sekolah
BalasPadamAlhamdulilah dah takde drama dah haha
seronok tengok update ibu bapa masa 1st day of school anak2. anak buah saya masuk tahun 1. besar dahh
BalasPadamanak dah besar mudah nak urus bab bersiap pergi sekolah kan cie
BalasPadamBila anak-anak dah besar ini memang mudahlah sikit nak urus..
BalasPadamSeronok tengok gelagat bebudalcbaru masuk sekolah .. macam² gelagat ada ..ada yg happy ..ada yg sedih
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.