Cie beli bagi memudahkan kerja-kerja untuk melupuskan kertas. Selama ni kami koyak je. Jadi bila dah terlalu banyak tu sakit jugak la jari nak koyak. Staf Sajian la yang buat tu.
Mereka cakap beli jela 1 senang nak guna. Cie pun cari kat Shopee dan jumpa la yang tu. Cie terus order dan sampai la pada 11 Januari 2026 ke office. Ahad Cie cuti jadinya tak unboxing lagi la. Masuk office 12 Januari tu terus teruja nak guna.
Memang mudah kerja-kerja nak menghancurkan kertas. Kertas yang melibatkan maklumat sulit atau dokumen kewangan memang kena hancurkan baru la takde orang boleh salah guna.
Harapnya tahan lama la mesin tu senang nak menghancurkan kertas. Memang jadi halus la selepas masukkan kertas ke dalam mesin tu. Bukan setakat kertas je, CD dan kad pun boleh hancurkan. Tapi belum cuba lagila CD dan kad tu. Baru cuba kertas je.

22 Ulasan
Pernah beli di Shopee jugak, RM90 untuk kegunaan di rumah. Pindah randah memang serabut dengan file2 suami. Boleh lah tapi yang macam Cie ni mesti lagi smooth. Senang kerja melupuskan kertas yang banyak, kan.
BalasPadamlps dh hancur kertas tu, cie antar kat tmpt recycle ker? kalau kat UIA, ada cleaner yg akan kumpul kertas2 ni dan antar ke tempat recycle
BalasPadamdekat rumah ni banyak juga kertas, terasa macam kena beli juga untuk hancurkan sebab macam leceh nak kena koyakkan
BalasPadamOk dah ni..Senangkn keje =D
BalasPadamNampak elok mesinnya.. memudahkan kerja nanti.
BalasPadammemang memudahkan daripada koyak manual!
BalasPadamOh…kad dan CD pun boleh hancurkan. Tapi bimbang juga nak cuba kan, dibuatnya stuck ke apa 😅
BalasPadamTak pernah beli benda ni... tak tau nak shred apa....
BalasPadamTeringat masa kerja, rutin pakai shredder utk destroy dokumen yg dah expired atau tak guna lagi. Tp kami pernah kena audit, sebab ternyata di HSBC ada aturan Shredder harus yg bisa menghasilkan potongan P-7 atau minimal P-6.
BalasPadamIni bener2 keciiiil hasil potongannya. Ibarat kata kalau nak disambung dah tak bisa 🤣🤣🤣.
Tp Shredder yg kami pakai di cabang, ternyata msh P-5 yg micro cut. Ini masih bisa disambung kalau ada orang yg tekun 🤣🤣🤣. Memang tak bisa di drop findingnya. Terpaksa kantor beli Shredder yg baru yg sesuai audit minta
Senang dah kerja lepas ni
BalasPadamKalau Cuya beli kat rumah takde function sebab kertas Cuya terus bakar je
BalasPadamBetul tu memang mudah guna ni untuk hapuskan kertas. Ada jugak yang murah untuk kegunaan sendiri di rumah.
BalasPadamkat office memang berguna sgt ni...anak saya kalau datang office siap tanya ada kertas tak nak shred
BalasPadamKat office akak shredder paper jenis yang untuk industri...
BalasPadamFunction benda ni, lagi2 kalau nak shred surat2 PnC, yang ada alamat rumah dan bank details.
BalasPadamNak guna untuk shred kad atau CD pun rasa krik.. krik.. tak berani nak cuba.
BalasPadamMemang berguna mesin shredder ni. Kalau dekat ofis wajib ada kan sebab banyaknya la dokumen nak kena dilupuskan
BalasPadamDah agak tu barangan Shoppee..cantik murah lah kan barangan Shoppee ni..tahnia memilik
BalasPadamUntuk pejabat pula..tak apa ..berguna ..
BalasPadamSha pun macam nak beli juga untuk Perpustakaan Sha.. Senang sikit nak guna..
BalasPadamKat office memang kena ada mesin shredded ni ..senang nk lupuskan dokumen yang dah tak guna pakai
BalasPadamBagus juga Cie fikir pasal dokumen sulit tu. Sekarang ni memang kena lebih berhati-hati, silap sikit orang boleh salah guna maklumat. Bila dah shred halus macam tu memang lebih selamat dan tenang hati.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.