Baru Beli Shredder Paper Machine

Baru ni pada 7 Januari Cie ada beli di Shopee Shredder Paper Machine untuk kegunaan hancurkan segala kertas kat office. Beli menggunakan duit unit je. Harganya RM215.73 selepas ditolak segala voucher Shopee tu la.



Cie beli bagi memudahkan kerja-kerja untuk melupuskan kertas. Selama ni kami koyak je. Jadi bila dah terlalu banyak tu sakit jugak la jari nak koyak. Staf Sajian la yang buat tu. 

Mereka cakap beli jela 1 senang nak guna. Cie pun cari kat Shopee dan jumpa la yang tu. Cie terus order dan sampai la pada  11 Januari 2026 ke office. Ahad Cie cuti jadinya tak unboxing lagi la. Masuk office 12 Januari tu terus teruja nak guna. 

Memang mudah kerja-kerja nak menghancurkan kertas. Kertas yang melibatkan maklumat sulit atau dokumen kewangan memang kena hancurkan baru la takde orang boleh salah guna.

Harapnya tahan lama la mesin tu senang nak menghancurkan kertas. Memang jadi halus la selepas masukkan kertas ke dalam mesin tu. Bukan setakat kertas je, CD dan kad pun boleh hancurkan. Tapi belum cuba lagila CD dan kad tu. Baru cuba kertas je.




Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Pernah beli di Shopee jugak, RM90 untuk kegunaan di rumah. Pindah randah memang serabut dengan file2 suami. Boleh lah tapi yang macam Cie ni mesti lagi smooth. Senang kerja melupuskan kertas yang banyak, kan.

    BalasPadam
  2. lps dh hancur kertas tu, cie antar kat tmpt recycle ker? kalau kat UIA, ada cleaner yg akan kumpul kertas2 ni dan antar ke tempat recycle

    BalasPadam
  3. dekat rumah ni banyak juga kertas, terasa macam kena beli juga untuk hancurkan sebab macam leceh nak kena koyakkan

    BalasPadam
  4. Nampak elok mesinnya.. memudahkan kerja nanti.

    BalasPadam
  5. memang memudahkan daripada koyak manual!

    BalasPadam
  6. Oh…kad dan CD pun boleh hancurkan. Tapi bimbang juga nak cuba kan, dibuatnya stuck ke apa 😅

    BalasPadam
  7. Tak pernah beli benda ni... tak tau nak shred apa....

    BalasPadam
  8. Teringat masa kerja, rutin pakai shredder utk destroy dokumen yg dah expired atau tak guna lagi. Tp kami pernah kena audit, sebab ternyata di HSBC ada aturan Shredder harus yg bisa menghasilkan potongan P-7 atau minimal P-6.

    Ini bener2 keciiiil hasil potongannya. Ibarat kata kalau nak disambung dah tak bisa 🤣🤣🤣.

    Tp Shredder yg kami pakai di cabang, ternyata msh P-5 yg micro cut. Ini masih bisa disambung kalau ada orang yg tekun 🤣🤣🤣. Memang tak bisa di drop findingnya. Terpaksa kantor beli Shredder yg baru yg sesuai audit minta

    BalasPadam
  9. Kalau Cuya beli kat rumah takde function sebab kertas Cuya terus bakar je

    BalasPadam
  10. Betul tu memang mudah guna ni untuk hapuskan kertas. Ada jugak yang murah untuk kegunaan sendiri di rumah.

    BalasPadam
  11. kat office memang berguna sgt ni...anak saya kalau datang office siap tanya ada kertas tak nak shred

    BalasPadam
  12. Kat office akak shredder paper jenis yang untuk industri...

    BalasPadam
  13. Function benda ni, lagi2 kalau nak shred surat2 PnC, yang ada alamat rumah dan bank details.

    BalasPadam
  14. Nak guna untuk shred kad atau CD pun rasa krik.. krik.. tak berani nak cuba.

    BalasPadam
  15. Memang berguna mesin shredder ni. Kalau dekat ofis wajib ada kan sebab banyaknya la dokumen nak kena dilupuskan

    BalasPadam
  16. Dah agak tu barangan Shoppee..cantik murah lah kan barangan Shoppee ni..tahnia memilik

    BalasPadam
  17. Untuk pejabat pula..tak apa ..berguna ..

    BalasPadam
  18. Sha pun macam nak beli juga untuk Perpustakaan Sha.. Senang sikit nak guna..

    BalasPadam
  19. Kat office memang kena ada mesin shredded ni ..senang nk lupuskan dokumen yang dah tak guna pakai

    BalasPadam
  20. Bagus juga Cie fikir pasal dokumen sulit tu. Sekarang ni memang kena lebih berhati-hati, silap sikit orang boleh salah guna maklumat. Bila dah shred halus macam tu memang lebih selamat dan tenang hati.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.