Cie beli bagi memudahkan kerja-kerja untuk melupuskan kertas. Selama ni kami koyak je. Jadi bila dah terlalu banyak tu sakit jugak la jari nak koyak. Staf Sajian la yang buat tu.
Mereka cakap beli jela 1 senang nak guna. Cie pun cari kat Shopee dan jumpa la yang tu. Cie terus order dan sampai la pada 11 Januari 2026 ke office. Ahad Cie cuti jadinya tak unboxing lagi la. Masuk office 12 Januari tu terus teruja nak guna.
Memang mudah kerja-kerja nak menghancurkan kertas. Kertas yang melibatkan maklumat sulit atau dokumen kewangan memang kena hancurkan baru la takde orang boleh salah guna.
Harapnya tahan lama la mesin tu senang nak menghancurkan kertas. Memang jadi halus la selepas masukkan kertas ke dalam mesin tu. Bukan setakat kertas je, CD dan kad pun boleh hancurkan. Tapi belum cuba lagila CD dan kad tu. Baru cuba kertas je.

3 Ulasan
Pernah beli di Shopee jugak, RM90 untuk kegunaan di rumah. Pindah randah memang serabut dengan file2 suami. Boleh lah tapi yang macam Cie ni mesti lagi smooth. Senang kerja melupuskan kertas yang banyak, kan.
BalasPadamlps dh hancur kertas tu, cie antar kat tmpt recycle ker? kalau kat UIA, ada cleaner yg akan kumpul kertas2 ni dan antar ke tempat recycle
BalasPadamdekat rumah ni banyak juga kertas, terasa macam kena beli juga untuk hancurkan sebab macam leceh nak kena koyakkan
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.