Menu Dinner 11-16 Januari 2026: 6 Idea Hidangan Mudah & Sedap

Masuk tahun 2026 ni rasanya nak buat kompilasi la menu mingguan. Dulu-dulu selalu ambil gambar makanan dan upload kat Facebook dan Instagram. Sejak takde post di FB dan IG Cie hanya share di story Instagram dan terus share di status whatsapp je.


Jadinya Cie saja jela nak compile menu seminggu dan share kat blog untuk rujukan sendiri jugak nak bagi idea memasak setiap hari. Cie masak setiap hari kerja kecuali penat sangat balik lambat baru Cie tak masak. Harapnya rajin la nak share setiap minggu ni. Kita try jela ye dulu.


Menu Dinner 11 Januari 2026

Biasanya hujung minggu jarang la masak tapi kalau dah takde idea nak makan mana maka nya masuk kitchen masak la. Untuk 11 Januari tu Cie masak jela yang simple je. Cie masak Tomyam Ayam ada cendawan tiram, carrot, bunga kobis. 


Menu Tomyam tak lengkap kalau takde telur dadar. Buat la telur dadar. Sayur pulak kangkung belacan. Untuk pencuci mulut ada buah tembikai. Sedap tembikai tu manis. Dengan periuk sekali naik atas meja. Orang dulu pantang kan hidang dengan periuk. Periuk kita ni versi cantik boleh la hidang. Hihi


Menu Dinner 12 Januari 2026

12 Januari pulak Cie masak jugak menu dinner. Balik kerja memang bersilat terus la kat dapur lepas solat Asar. Masa menu ala Thai lagi untuk menu dinner.


Siakap Stim Limau. Terpengaruh tengok rakan blogger makan Siakap Stim Limau maka nya ku masak la jugak. Area Lipis ni taktau kedai mana yang sedap masak siakap ni. Masak sendiri jela lagi sedap ikut selera sendiri.


Semalamnya tu Telur Dadar biasa, hari tu tukar buat versi hancur pulak. Nampak la beza sikit walaupun sama je pun. Sayur pulak Cendawan Celup Tepung, Ulam Timun dan Sambal Belacan. Buah Jambu dan asam boi.


Menu Dinner 13 Januari 2026

Cie selalunya berselang seli menu ayam, makanan laut. Ada masa hari-hari ayam. Tengok lauk apa Faiz beli. Rumah Cie paling laris ayam. 


Ayam Goreng Kicap dan Kentang, Ikan Pekasam Goreng, Ulam Timun dan Sambal Tempoyak. Buah Jambu asam boi. Anak-anak Cie memang suka makan Ayam Goreng Kicap campur kentang tu. Kentang tu potong wedges, gaul kunyit dan goreng. Akhir sekali nanti baru masuk sekali ayam dalam kuah kicap.


Menu Dinner 14 Januari 2026

Weekend hari tu Cie suruh Faiz beli udang. Masa tu takde plan pun nak masak apa. Sampai hari kejadian baru la plan menu. Cie masak Butter Prawn versi sendiri. Takdela menjadi sangat tapi sedap. Sendiri puji. Haaha.


Butter Prawn ni tak berkuah jadinya kita buat la Telur Goreng Kicap. Telur tu putih saja lebihan guna telur kuning untuk Butter Prawn tu. Buat seredak telur tu hanya pakai kuning telur je so telur putih takkan nak buang pulak kan. Kita jadikan Telur Goreng Kicap. Ada la kuah.


Sayur pulak habiskan kobis bila entah rasanya 2 minggu lepas beli. Elok je masih fresh. Cie tambah carrot dan bunga kobis. Goreng kering gitu je. Malam tu takde buah dah.


Menu Dinner 15 Januari 2026

Bila haiwan dah takde dalam freezer tu jem la taktau nak masak apa. Mulanya nak buat Sambal Telur tapi malas pulak. Balik rehat tengahari tu suruh kakak Raisha masak nasi siap-siap, nanti lepas balik kerja nak buat Nasi Goreng je. 

Kebetulan ada sikit udang lebihan buat Butter Prawn maka nya kita jadikan Nasi Goreng Udang. Dalam tu kosong je takde sayur cuma tabur daun sup je.


Telur Dadar buat tambah-tambah. Setiap hari ada menu telur. Faiz beli sepapan jadinya memang kena masak hari-hari baru cepat habis. Oleh kerana takde sayur dalam Nasi Goreng Udang tu maka nya kita buat ulam timun jela. Cili potong dan keropok goreng wajib ada.


Menu Dinner 16 Januari 2026

Plan nak masak Sambal Telur tak kesampaian lagi sebab Cie malas masak dah dinner untuk 16 Januari sebab ada Pasar Malam dan mintak Faiz belikan Yong Tau Fu. Ni pun pengaruh rakan blogger.


Tapi bukan YTF je Faiz beli ye. Macam-macam ada walaupun dia sorang je pergi beli makanan. Ni kalau Cie dan anak-anak sekali ikut tak muat frame camera ni penuh makanan.

Ada Keropok Goreng, Popia Crab, Popia Carbonara, Pecal tu Faiz punya. Dia je peminat Pecal. Terdampar kekenyangan ye makan menu Pasar Malam.


Kompilasi Menu Dinner

Selesai cerita menu dinner dari 11 hingga 16 Januari 2026. Semoga Cie rajin la nak update entri macam ni ye. Kita try dulu kalau rajin nanti nampak la entri seterusnya minggu depan. Kalau penyakit M mendatang maka nya takdela cerita kompilasi menu ni.

Mana tau dengan entri ni boleh memberi idea untuk masak menu dinner setiap hari. Bukan la sebab rajin sangat, ada masa pun malas tapi sebab tekak nak makan masak la jugak. Hari-hari beli pun bosan dan bazir duit je. Masak lagi jimat dan air tangan kita sendiri untuk anak-anak dan suami.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Baguus kalau kakak buat begini. Jadi bisalah saya juga dapat inspirasi nak masak apa 😄. Paling confused kalau bikin meal plan. Sebab saya pu tak suka masak. Jadi selalunya cari yg mudah , simple tp tetap bergizi

    BalasPadam
  2. Tengok post Cie yang ni boleh dapat idea nak masak apa.

    BalasPadam
  3. Sedapnya pecal.. balik kampung nanti kena cari lah..Linda sekarang kan single..jadi tak masak lah.. hahaha

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.