Menu Berbuka 7 Ramadan 1447H

7 Ramadan dah hari ni. Pantas masa berlalu. Hari ni kepenatan sangat. Rasa habis energy dah. Tak lapar, tak dahaga cuma rasa penat. Cuaca panas betul balik kerja tadi tu la agaknya menyebabkan rasa penat sangat. 


Penat penat pun pelbagai menu juga masak menu berbuka hari ni. Hari tu Faiz request nak ayam bawang. So Cie buat la hari ni. Buat jugak la menu macam-macam jenis. Ala-ala kedai mamak pun boleh la. Nak menghabiskan bahan yang secoet je dalam fridge tu. 


Ayam bawang tabur sikit daun ketumbar. Entahla apa rasa tu. Harapnya sedap la. Tak fokus masak bila ada rasa penat. Ayam bawang Cie masak last selepas semua menu lain dah siap. Merasmikan kuali baru beli.


Tauhu masa buat nasi ayam penyet hari tu ada sikit lagi. Cie buat celup tepung. Cie sorang je yang makan. Peria beli minggu lepas pun ada hentam jela buat celup tepung. Selalu buat peria katak tu celup tepung. Yang ni peria batang yang biasa tu. 

Bendi pun sama dah seminggu rasanya ada lagi sikit 3-4 batang Cie buat goreng dengan telur je. Ni pun Cie dan Faiz je makan.

Telur masin ada lagi sebiji habiskan terus la. Simpan lama-lama pun tak elok juga nanti. Ni pun lama tahan lepas beli tu terus basuh buang hitam tu tahan lama la. 

Kari ikan tu pulak menu berbuka baru ni ada lagi seketul leftover. Simpan dalam freezer. Tadi panaskan la semula.

Sambal belacan dan sambal penyet pun ada boleh la makan dengan menu berbuka hari ni. 

Dah rasa penat sangat malas dah nak potong buah. Makan limau jela kang ada banyak lagi. Yang Cie beli minggu lepas ada, yang jiran bagi pun ada lagi. Kalau nak makan kang kupas masuk mulut terus. Malas dah nak potong epal.

Kuih muih ada jugak Faiz beli. Taktau dia beli kuih apa. Dia sorang je pun yang makan. Kami 3 beranak tak makan kuih sangat puasa kali ni. Makan nasi, minum air pun dah tersangat kenyang waktu berbuka.


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Nampak sajian..wow! ..berbuka pasti rasa seronok ni...

    BalasPadam
  2. Saya sukaaaa Krn kakak berusaha habiskan apa yg tersisa di kulkas, supaya tak mubazir. Saya juga berusaha begitu. Kalau dah habis semua leftover, baru lah memasak lagi menu baru. JD tak terbuang

    BalasPadam
  3. Ammi kalau hari kerja makan jelah apa yg suami sediakan. Biasanya 1 lauk 1 sayur. Buah apa bagai pun takde. Dah terbiasa gitu

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...rezeki berbuka..tak perlu meriah, banyak² pun, risau membazir .

    BalasPadam
  5. Kadang bila dah penat buka nak minum je apa lagi kalau musim panas. Mencabar juga dengan cuaca

    BalasPadam
  6. Setuju...bulan puasa tahun ni lebih pada penat..x lapar dan x dahaga

    BalasPadam
  7. Peria celup tepung ... Menarik . tapi pahit tak

    BalasPadam
  8. Penat2 pun tetap rajin masak.. pelbagai jenis pulak tu

    BalasPadam
  9. penat penat pun masak juga kannn...
    tp ye laa kdg mkn sikit je dah kenyang...

    BalasPadam
  10. suka ayam bawang tp tk pernh try masak

    BalasPadam
  11. Realiti bulan Ramadan betul—tak lapar tak dahaga, tapi penat tu lain macam… tetap juga masak untuk keluarga

    BalasPadam
  12. telur masin tu fav MZ dan mr hubby...kebetulan semlm ada beli telur masin so rebus lah sebijik buat tambah lauk utk iftar

    BalasPadam
  13. Sha pun macam nak cari tauhu dan tempe untuk menu sahur esok pagi..

    BalasPadam
  14. Alhamdulilah janji makan sedap

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.