Penat penat pun pelbagai menu juga masak menu berbuka hari ni. Hari tu Faiz request nak ayam bawang. So Cie buat la hari ni. Buat jugak la menu macam-macam jenis. Ala-ala kedai mamak pun boleh la. Nak menghabiskan bahan yang secoet je dalam fridge tu.
Ayam bawang tabur sikit daun ketumbar. Entahla apa rasa tu. Harapnya sedap la. Tak fokus masak bila ada rasa penat. Ayam bawang Cie masak last selepas semua menu lain dah siap. Merasmikan kuali baru beli.
Tauhu masa buat nasi ayam penyet hari tu ada sikit lagi. Cie buat celup tepung. Cie sorang je yang makan. Peria beli minggu lepas pun ada hentam jela buat celup tepung. Selalu buat peria katak tu celup tepung. Yang ni peria batang yang biasa tu.
Bendi pun sama dah seminggu rasanya ada lagi sikit 3-4 batang Cie buat goreng dengan telur je. Ni pun Cie dan Faiz je makan.
Telur masin ada lagi sebiji habiskan terus la. Simpan lama-lama pun tak elok juga nanti. Ni pun lama tahan lepas beli tu terus basuh buang hitam tu tahan lama la.
Kari ikan tu pulak menu berbuka baru ni ada lagi seketul leftover. Simpan dalam freezer. Tadi panaskan la semula.
Sambal belacan dan sambal penyet pun ada boleh la makan dengan menu berbuka hari ni.
Dah rasa penat sangat malas dah nak potong buah. Makan limau jela kang ada banyak lagi. Yang Cie beli minggu lepas ada, yang jiran bagi pun ada lagi. Kalau nak makan kang kupas masuk mulut terus. Malas dah nak potong epal.
Kuih muih ada jugak Faiz beli. Taktau dia beli kuih apa. Dia sorang je pun yang makan. Kami 3 beranak tak makan kuih sangat puasa kali ni. Makan nasi, minum air pun dah tersangat kenyang waktu berbuka.




14 Ulasan
Nampak sajian..wow! ..berbuka pasti rasa seronok ni...
BalasPadamSaya sukaaaa Krn kakak berusaha habiskan apa yg tersisa di kulkas, supaya tak mubazir. Saya juga berusaha begitu. Kalau dah habis semua leftover, baru lah memasak lagi menu baru. JD tak terbuang
BalasPadamAmmi kalau hari kerja makan jelah apa yg suami sediakan. Biasanya 1 lauk 1 sayur. Buah apa bagai pun takde. Dah terbiasa gitu
BalasPadamAlhamdulillah...rezeki berbuka..tak perlu meriah, banyak² pun, risau membazir .
BalasPadamKadang bila dah penat buka nak minum je apa lagi kalau musim panas. Mencabar juga dengan cuaca
BalasPadamSetuju...bulan puasa tahun ni lebih pada penat..x lapar dan x dahaga
BalasPadamPeria celup tepung ... Menarik . tapi pahit tak
BalasPadamPenat2 pun tetap rajin masak.. pelbagai jenis pulak tu
BalasPadampenat penat pun masak juga kannn...
BalasPadamtp ye laa kdg mkn sikit je dah kenyang...
suka ayam bawang tp tk pernh try masak
BalasPadamRealiti bulan Ramadan betul—tak lapar tak dahaga, tapi penat tu lain macam… tetap juga masak untuk keluarga
BalasPadamtelur masin tu fav MZ dan mr hubby...kebetulan semlm ada beli telur masin so rebus lah sebijik buat tambah lauk utk iftar
BalasPadamSha pun macam nak cari tauhu dan tempe untuk menu sahur esok pagi..
BalasPadamAlhamdulilah janji makan sedap
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.