Menu Dinner 1-6 Februari 2026: 6 Idea Hidangan Mudah & Sedap

Menu 6 hari minggu lepas bermula 1 Februari hingga 6 Februari 2026 Cie buat kompilasi untuk share di blog Cie. Setakat ni dah beberapa minggu la Cie update menu dinner ni. Dapat la tambah blog post.




1 Februari 2026

Ahad minggu lepas tu ada leftover nasi. Biasanya takde tapi sebab waktu lunch tu Faiz tak balik makan tengahari dia ke kebun. Dia lambat inform yang dia tak balik lunch, Cie dah masak. Tu yang ada leftover buat jela nasi goreng untuk dinner. 

Kebetulan pulak kakak Raisha memang tak minat kuetiau. So bila ada nasi goreng kakak Raisha makan nasi goreng.


Plan asal memang nak masak menu dinner kuetiau goreng. Cie pun goreng jugak la kuetiau dan bagi jiran jugak. Cie beli sekilo kuetiau memang banyak la. Kalau beli yang 450gm tu tak cukup pulak.


2 Februari 2026

Hari Isnin pulak Cie masak gulai ayam. Kisahnya rempah gulai daging tu nak expired 12 Februari. Rugi pulak ada sepeket jadinya Cie pun masak jela gulai ayam. Letak kentang juga.


Kalau menu gulai tak lengkap la kalau takde ikan masin dan telur dadar. Sayur pulak ulam jela malas dah nak masak sayur bergoreng. Ada timun, salad, tomato ceri dan daun sup. Sambal belacan mesti ada juga. Buah pulak jambu batu asam boi.


3 Februari 2026

Jemu menu ayam kita selang seli menu protein yang lain pulak. Rumah Cie ni menu ayam paling kerap dimasak la. Sekali sekali baru menu lain. 


Telur mata goreng kicap, ikan rebus goreng, kobis panjang goreng dan buah naga. Menu macam ni pun boleh menambah selera makan.


4 Februari 2026

Rabu pulak kembali ke menu ayam. Kali ni masak apa entah Cie pun taktau nama menu. Cie blend bawang besar, bawang putih, serai, halia, lengkuas, cili padi. Lepas tu tumis je macam biasa. Letak asam keping juga.


Cie buat jugak ikan bilis goreng dengan lobak masin. Letak bawang dan cili padi juga. Untuk sayur pulak kobis goreng. 


Untuk buah Cie buat rojak buah. Ada epal hijau, jambu batu dan timun. Kuah rojak tu kakak Cie bagi nak expired bulan 3. Jadinya cepat-cepat la kena makan sebelum expired.


5 Februari 2026

Menu hari Khamis pulak Cie masak nasi goreng seafood cendawan. Takde idea nak masak apa, jadi la menu nasi goreng je. Sejenis je senang.


Rojak buah untuk malam tu ada epal hijau, mangga dan jambu batu. Masih ada sikit lagi kuah rojak. Nanti la bebila pulak habiskan sebelum bulan puasa.


6 Februari 2026

Sempena birthday adik Rania, Cie masak la special sikit untuk celebrate birthday dia. 


Cie masak menu western. Kepak ayam ala IKEA, macaroni bakar, coleslaw dan buah tembikai susu makan dengan asam boi. Macaroni tu ada leftover simpan dalam fridge. Hari Sabtu panaskan je makan lunch pulak.


Kompilasi Menu Dinner

Ada yang cakap rajin Cie ambil gambar makanan. Sejak dari mula ada Facebook lagi Cie memang snap gambar makanan dan share di Facebook. Bila ada Instagram share kat situ pulak. Kat FB tu memang ada album untuk menu yang Cie share.

Sejak dah malas mengadap FB sangat ni Cie banyak share di story Instagram dan link ke status whatsapp dan story Facebook. Tu yang terfikir idea baik Cie share je kat blog dan buat kompilasi menu dinner mingguan. 

Kiranya dah terbiasa dari dulu memang snap gambar makanan. Kalau tak snap tu jadi macam pelik pulak kan. Gitulah dulu aktif social media ni. Sekarang jadi banyak tumpu kat blog. 



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Macaroni bakar tu favorite kami, lama pulak tak buat. Thanks for sharing Cie. Bagi idea nak masak nanti.

    BalasPadam
  2. Ambil gambar masakan ni, buat kenangan dan rekod kita juga, kan. Puas hati dapat hasilkan air tangan sendiri dan keluarga berselera makan. Alhamdulillah.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.