1 Februari 2026
Ahad minggu lepas tu ada leftover nasi. Biasanya takde tapi sebab waktu lunch tu Faiz tak balik makan tengahari dia ke kebun. Dia lambat inform yang dia tak balik lunch, Cie dah masak. Tu yang ada leftover buat jela nasi goreng untuk dinner.
Kebetulan pulak kakak Raisha memang tak minat kuetiau. So bila ada nasi goreng kakak Raisha makan nasi goreng.
Plan asal memang nak masak menu dinner kuetiau goreng. Cie pun goreng jugak la kuetiau dan bagi jiran jugak. Cie beli sekilo kuetiau memang banyak la. Kalau beli yang 450gm tu tak cukup pulak.
2 Februari 2026
Hari Isnin pulak Cie masak gulai ayam. Kisahnya rempah gulai daging tu nak expired 12 Februari. Rugi pulak ada sepeket jadinya Cie pun masak jela gulai ayam. Letak kentang juga.
Kalau menu gulai tak lengkap la kalau takde ikan masin dan telur dadar. Sayur pulak ulam jela malas dah nak masak sayur bergoreng. Ada timun, salad, tomato ceri dan daun sup. Sambal belacan mesti ada juga. Buah pulak jambu batu asam boi.
3 Februari 2026
Jemu menu ayam kita selang seli menu protein yang lain pulak. Rumah Cie ni menu ayam paling kerap dimasak la. Sekali sekali baru menu lain.
Telur mata goreng kicap, ikan rebus goreng, kobis panjang goreng dan buah naga. Menu macam ni pun boleh menambah selera makan.
4 Februari 2026
Rabu pulak kembali ke menu ayam. Kali ni masak apa entah Cie pun taktau nama menu. Cie blend bawang besar, bawang putih, serai, halia, lengkuas, cili padi. Lepas tu tumis je macam biasa. Letak asam keping juga.
Untuk buah Cie buat rojak buah. Ada epal hijau, jambu batu dan timun. Kuah rojak tu kakak Cie bagi nak expired bulan 3. Jadinya cepat-cepat la kena makan sebelum expired.
5 Februari 2026
Menu hari Khamis pulak Cie masak nasi goreng seafood cendawan. Takde idea nak masak apa, jadi la menu nasi goreng je. Sejenis je senang.
Rojak buah untuk malam tu ada epal hijau, mangga dan jambu batu. Masih ada sikit lagi kuah rojak. Nanti la bebila pulak habiskan sebelum bulan puasa.
6 Februari 2026
Sempena birthday adik Rania, Cie masak la special sikit untuk celebrate birthday dia.
Cie masak menu western. Kepak ayam ala IKEA, macaroni bakar, coleslaw dan buah tembikai susu makan dengan asam boi. Macaroni tu ada leftover simpan dalam fridge. Hari Sabtu panaskan je makan lunch pulak.
Kompilasi Menu Dinner
Ada yang cakap rajin Cie ambil gambar makanan. Sejak dari mula ada Facebook lagi Cie memang snap gambar makanan dan share di Facebook. Bila ada Instagram share kat situ pulak. Kat FB tu memang ada album untuk menu yang Cie share.
Sejak dah malas mengadap FB sangat ni Cie banyak share di story Instagram dan link ke status whatsapp dan story Facebook. Tu yang terfikir idea baik Cie share je kat blog dan buat kompilasi menu dinner mingguan.
Kiranya dah terbiasa dari dulu memang snap gambar makanan. Kalau tak snap tu jadi macam pelik pulak kan. Gitulah dulu aktif social media ni. Sekarang jadi banyak tumpu kat blog.








21 Ulasan
Macaroni bakar tu favorite kami, lama pulak tak buat. Thanks for sharing Cie. Bagi idea nak masak nanti.
BalasPadamAmbil gambar masakan ni, buat kenangan dan rekod kita juga, kan. Puas hati dapat hasilkan air tangan sendiri dan keluarga berselera makan. Alhamdulillah.
BalasPadamAkak ada terfikir nak buat gini, kompilasi masakan seminggu. Bagus sebab ada rekod dan kenangan masakan kita, juga bagi idea kat pembaca. Tapi itulah…nak hasilkan satu entri pun punyalah kena seru semangat 😄
BalasPadamBagus buat kompilasi menu macam ni, boleh buat jurnal diet jugak 😃
BalasPadamTelur mata goreng kicap tu macam hampir makanan ruji uncle... hehehehe
BalasPadamlately jarang masak dinner sebab dapur tgh renovate, lunch lak either tapau or makan kuih muih je
BalasPadamstiap hidangan ada buah...bgs
BalasPadamSemua menu buat sy lapar =D
BalasPadamKeep sharing Cie
BalasPadamSedap pulak tengok rojak tu ...
Bagus Cie blh jga jd panduan yg takda idea nk masak apa
BalasPadamDulu rajin jga ambik gambar msk kat rumah tp skrg jarang masak he hee ank2 xda kat rumah tinggal berdua je
Rajinnya Cie masak. Semua menu berbeza setiap hari. Semuanya nampak menyelerakan. Sure anak-anak berselera nak makan
BalasPadamlauk-pauk tak berapa nak pedas sy approved! ;-)
BalasPadamTeruskan berkongsi Cie..mana tau takde idea boleh refer sini kan
BalasPadamammi pun selalu buat menu yang tak tau apa nama sebab buat je guna apa bahan yang ada janji ckuplah rasa masin, masam, pedasnya tu
BalasPadamcantik pulak telur mata kat gambar first tu!
BalasPadamMulai besok saya dah start buat menu utk ramadhan. Jadi pastinya tulisan kakak membantu sangat utk cari referensi menu 😍😍.
BalasPadamWah, Cie memang rajin betul update menu dinner tiap-tiap hari 😄 Serius nampak macam penuh effort dan kreatif! Saya suka cara Cie share kompilasi macam ni, senang kita dapat idea nak masak pula kat rumah. Teruskan update, Cie! Memang inspirasi untuk orang yang kadang stuck idea nak masak tiap-tiap hari mcm sy haha..
BalasPadamWowww... siap ada kepak bakar ala Ikea... I likeeeee🥰
BalasPadamCCL ni kadang masak..kadang tolong² mak masak .. siap hidang terlupa nak snap gambar menu ..
BalasPadamyg penting home cooked meal
BalasPadamAlhamdulilah teruskan memasak kak cie. Bagi inspirasi buat pembaca yg tkde idea nak masak apa
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.