Menu Sahur 1 Ramadan 1447H

Mulanya tadi malas nak share bukannya ada menu apa sangat pun sahur Cie. Tapi share jugak la sekadar memeriahkan blog post Cie. Rasanya dah 12-13 tahun kot menu sahur Cie sama je.

Untuk 1 Ramadan 1447H ni menu sahur Cie ESP Chocolate dan Performance Drink Orange. ESP tu ada flavour baru Coklat dan Strawberry. Tahun ni beli keduanya sekali.


Performance Drink Orange je sempat grab tahun ni. Yang Lemon Lime tak sempat. Ok je mana-mana sama je function.

Sahur yang sangat simple takde lauk pauk dan nasi. Anak pulak minum Vico dan Performance Drink jugak. Memang mereka taknak nasi. Pernah la sediakan menu nasi tapinya duk terkuis-kuis je nak habiskan. Elok tak payah la makan nasi.

Minum jela sahur kami. Cie bangun takdela awal sangat dalam 5.25 pagi macam tu. Nak bancuh-bancuh je. Dah siap baru kejut anak. Minum kejap jela dah settle sahur. Sementara tunggu Subuh siap la entri ni.

Hari ni dah start kerja selepas seminggu dah Cie cuti. Tanpa dirancang. Asalnya Cie ambil cuti 16 Februari je. 14-15 Februari memang cuti Sabtu Ahad. 17-18 Februari pun memang cuti Tahun Baru Cina. 12-13 Februari jela cuti kecemasan. Tu yang jadi 7 hari cuti. Hari ni baru nak masuk office. Lemau la dah lama cuti.


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. lama ya amalkan minum ESP time sahur...anak2 pun ok ikut sama...selamat kembali bertugas..

    BalasPadam
  2. senangnya sahur makan camni je. suami akak pun memang tak makan nasi lah ye? sebab bapak2 ni selalu kena sahur nasi haha

    BalasPadam
  3. selamat berpuasa cie. saya berkali kali beli esp tapi tak pandai minum, lepas hamil budak yg 11 tahun tu try lagi yg berperisa tak reti juga. yg strawberry tu rasa dia camne cie. ada bau soya yg kuat juga tak macam yg coklat dan ori tu? perfomance drink tu saya suka rasa dia. dulu siap angkut bawa masa haji 2018 dan minum masa puasa zaman ada gastrik dulu

    BalasPadam
  4. Saya belum bisa sahur tanpa makan nasi mungkin karena sejak dulu saya sudah terbiasa makan nasi. Btw, nice to meet you ya, Kak. Salam kenal dari saya (Farida) from Indonesia.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.