Untuk 1 Ramadan 1447H ni menu sahur Cie ESP Chocolate dan Performance Drink Orange. ESP tu ada flavour baru Coklat dan Strawberry. Tahun ni beli keduanya sekali.
Performance Drink Orange je sempat grab tahun ni. Yang Lemon Lime tak sempat. Ok je mana-mana sama je function.
Sahur yang sangat simple takde lauk pauk dan nasi. Anak pulak minum Vico dan Performance Drink jugak. Memang mereka taknak nasi. Pernah la sediakan menu nasi tapinya duk terkuis-kuis je nak habiskan. Elok tak payah la makan nasi.
Minum jela sahur kami. Cie bangun takdela awal sangat dalam 5.25 pagi macam tu. Nak bancuh-bancuh je. Dah siap baru kejut anak. Minum kejap jela dah settle sahur. Sementara tunggu Subuh siap la entri ni.
Hari ni dah start kerja selepas seminggu dah Cie cuti. Tanpa dirancang. Asalnya Cie ambil cuti 16 Februari je. 14-15 Februari memang cuti Sabtu Ahad. 17-18 Februari pun memang cuti Tahun Baru Cina. 12-13 Februari jela cuti kecemasan. Tu yang jadi 7 hari cuti. Hari ni baru nak masuk office. Lemau la dah lama cuti.

3 Ulasan
lama ya amalkan minum ESP time sahur...anak2 pun ok ikut sama...selamat kembali bertugas..
BalasPadamsenangnya sahur makan camni je. suami akak pun memang tak makan nasi lah ye? sebab bapak2 ni selalu kena sahur nasi haha
BalasPadamPagi td kami bgn jam 5.10 pagi =)
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.