Menu Sahur 10 Ramadan 1447H

Waktu berlalu begitu pantas dah masuk 10 Ramadan hari ni. Macam biasa la pagi ni kita bersahur minum je. Alhamdulillah memang bertahan je sampai berbuka dan ini cara kami bersahur yang sesuai dengan badan kami.

Cie pun pernah je bersahur dengan nasi, sahur minum air kosong, sahur makan makanan lain-lain. Hidup 42 tahun dah pun. Hihi. Sekarang memang selesa bersahur dengan protein shake Shaklee je.

Anak-anak pun sama mereka sendiri yang taknak makan nasi bagai tu. Awal-awal belajar puasa dulu dah ajar makan makanan berat tapi anak-anak sendiri yang taknak. Jadi kena la cari something untuk anak-anak bersahur.


So far mereka 2 beradik minum air Vico tu je. Katanya ok je boleh survive sepanjang puasa. Jadi kita ikut jela mana yang anak-anak selesa dan tahan untuk berpuasa. Cie bagi jugak minum Performance Drink tu nak bagi kurang dahaga sepanjang puasa.

Begitulah kan setiap orang berbeza-beza. Style kita belum tentu orang lain boleh ikut dan kita pun tak perlu ikut style orang. Kita sendiri yang lebih tau diri kita. Bersahur la menu apa pun yang penting bersahur. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.