4 Syawal 24 Mac 2026 masih di kampung. Takde plan nak beraya sebab kami plan nak memasak sebelum Cie dan kakak Bentong balik malam.

Pagi tu Cie masak nasi goreng kerabu untuk sarapan. Left over nasi semalam tu ada jadinya masak jela nasi goreng kerabu. Sambil Cie tolong kakak Cie masak bakso. Cie tolong prepare bahan-bahan je.


Menu raya keempat nasi impit kuah kacang dan bakso. Nasi impit Cie dah rebus malam guna periuk noxxa. Kuah kacang pagi tu baru tambah air je dan masak sekejap. Cie beli yang instant je kuah kacang tu staf Cie jual. RM28 sekilo. 

Selepas sarapan Cie tolong kakak Cie prepare bahan-bahan untuk bakso. Kakak Cie buat kuah bakso je. Settle hidang semua Cie pun bersiap tukar baju raya ada sepasang lagi. Baju lama jugak warna soft blue kot. Tak sempat pun bergambar sangat.




Elok je lepas Cie hidang silih berganti tetamu datang beraya. Meriah lagi kat kampung orang beraya. Keluarga sepupu abang ipar, kawan kakak-kakak, Atih dan sepupu sepapat, kawan-kawan anak buah pun datang. Sampai ke petang melayan tetamu. 

Petang tu semua dah kemas-kemas. Cie bungkus apa yang patut untuk bawak balik. Untuk kakak Cie yang nak balik Bentong sama Cie malam tadi jugak dan untuk kakak yang nak balik Manjung hari ni. Pembahagian kuih raya dan makanan lain.

Siap berkemas semua tu Cie masak dinner pulak. Buat telur dadar dan masak kobis goreng. Kakak Cie goreng ikan tilapia. Masak simple jela. Mi lebihan bakso tu ada lagi Cie buat mi goreng je.

Penat betul rasa. Sebelum Maghrib tu baring kejap lega rasa. Lepas Maghrib terus makan, lepas Isyak gerak balik. Singgah rumah Kak Ngah kejap bersalaman dan terus balik rumah. Jem jugak orang balik ke KL dah dari Kelantan. Kami ikut shortcut jalan dalam jadinya takdela mengadap jem.


Sampai rumah tengok rumah kemas je tenang hati. Sebelum balik kampung kemas siap-siap walaupun takde orang datang pun. Untuk kita sendiri tengok kan. 


Baju kotor banyak nak basuh. Mana yang boleh masuk dryer dobi Faiz bawak terus ke dobi malam tadi. Yang tak boleh masuk dryer basuh kat rumah je. Rabu cuti lagi so boleh la Cie settle yang nak basuh di rumah. Faiz kerja dah. Cie pun dah start puasa ganti dan puasa 6.