Baru je lagi tukar cermin mata tahun 2025 bulan Mac jugak, tahun ni bulan Mac jugak Cie tukar cermin mata baru selepas cermin mata sedia ada ni dah tak perform. Dah tak sedap pakai macam longgar pun ye jugak.
Tu yang tukar jela dah alang-alang nak raya ni kan. Cermin mata Cie biasa je pakai lens yang tahan untuk sinaran tu so kejap jela siap. Kalau nak buat yang cermin tukar warna bila panas tu akan lama baru siap.
Cie tadi tak sampai sejam pun. Dalam 40 minit Cie datang semula dah siap cermin mata Cie. Bingkai RM136 selepas diskaun. Lens RM150. Total RM286. Power Cie yang kanan kot naik sikit. Yang kiri sama je. Silau takde.
Raya ni boleh la dah bergaya dengan cermin mata baru. Macam ni la ye kehidupan orang bermata 4 ni. Raya pun tukar mata baru.





1 Ulasan
Muka akak sesuai pakai cermin mata besar gitu. Klau saya yg pakai, entah jadi apalah haha
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.