Beraya Di Bentong Rumah Kakak

Sabtu 28 Mac tu Cie ke Bentong rumah kakak Cie. Nak beraya sambil hantar baju kain pasang nak tempah kat tailor depan rumahnya. Mulanya nak datang Ahad je 29 Mac. Tapi kakak Cie ajak tidur so datang la sebelah petang Sabtu tu.


Sempat la singgah pekan sari Benta beli keladi kemahang. Kakak sulung pun ikut juga 1 kereta dengan suami dan anaknya. Kami sampai ke Bentong ngam azan Maghrib. 


Menu dinner hari Sabtu, breakfast hari Ahad Cie tak snap gambar. Menu lunch je Cie snap gambar. Lunch sebelum balik. Kakak dan anaknya masak menu lunch, Kak Long masak gulai keladi kemahang.

Lama tak makan keladi kemahang tu. Kat Benta je ada jual keladi kemahang tu. Kemahang tu kalau tak silap nama tempat di area Benta tu jugak. Keladi tu kena pandai masak baru tak gatal bila makan. Kalau salah cara masak jadi gatal merenyam kat tekak.

Menu lain ada masak lemak rebung dengan kaki ayam dan leher ayam. Rebung tu pun Cie beli di Benta jugak. Ada ayam goreng, daging goreng, sambal penyet goreng, ikan masin. Berselera makan menu simple macam tu.



Duduk kat rumah kakak ni asyik makan je. Lepas makan mengantuk. Takde apa buat tidur jela. Pagi Ahad tu sarapan, lepas sarapan mata mula mengantuk. Tertidur la jugak sampai 11 lebih baru tersedar. 

Terus ke rumah aunty tailor depan rumah kakak Cie nak tempah baju. Cie hantar kain pasang pemberian Kak Notie


Untuk anak-anak pulak kain pasang pemberian Maksu Faiz. Kalau ikutkan kain pasang tu untuk Cie. Warna tema untuk anaknya kenduri nikah 4 April. Kami tak dapat datang. Dapat 2 pasang bahagian biras Cie dia taknak dah beli baju lain warna tema teal blue. So buat jela untuk anak-anak boleh pakai raya haji nanti Cie beli la baju lain pulak nanti.


Gerak balik lepas lunch. Singgah Kenangan Coffee dulu sebelum balik. Kereta banyak juga menghala ke KL. Semua dah kembali ke sarang masing-masing dah.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. masakan keladi tu..my mom selalu jugak masak..kenangan zmn MZ masa alam sekolah/remaja ie zmn my arwah ayah masih ada dan my mom masih sihat cergas masak2 ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.