Hari Isnin adik Rania nak bagi duit kat kawan sekelas dia. Cie pulak nak bagi kat anak-anak staf dan anak kawan kerja hospital yang rapat dengan Cie. Tu yang awal dah isi siap-siap. Dah alang-alang isi dalam sampul terus jela isi semua sekali.
Stok sampul duit raya masa buat Shaklee hari tu dah habis. Lama bertahun guna sampul yang sama. Cie beli banyak sampul tu. Last year baru je habis.
Sampul free pun dah tak banyak dapat sekarang. Biasa kalau beli baju raya bulan puasa memang dapat sampul. Cie beli baju raya sebelum puasa memang takdela sampul free.
Cie beli sampul di Shopee je 200pcs. Ingatkan banyak ada lebih rupanya semua habis diisi dengan duit raya. Ada pelbagai kategori duit raya tu. Sampul free dari CIMB masa tukar duit dapat 2 set. Sampul tahun lepas pun ada lagi yang Gene Martino dan Lee. Tahun ni tak banyak dapat free sampul. Sampul Gene Martino tu tak sure tahun bila. Kemain lama simpan sampai sekarang ada.
Untuk anak buah kedua belah mesti la lebih sikit. Anak buah Cie ramai dari anak buah Faiz dan anak buah Cie ada yang dah makan gaji so berkurang la tapi ada tambahan cucu pulak. Cie bagi duit raya sampai la anak buah dah ada gaji sendiri baru stop bagi. Belah Cie tahun ni ada 11. Yang tak balik kita QR jela. Cie ada 24 orang anak buah. Cucu ada 6 side Cie la.
Side Faiz ada 7 orang je anak buah. Dia ada 4 beradik je tak ramai. Anak buah Faiz pulak baru 2 orang je dah kerja. Yang lain masih belajar dan ada tambahan 2 orang cucu. Belah Faiz 7 orang jela duit raya tahun ni.
Kategori lain pulak untuk anak-anak staf Cie. Yang ni memang setiap tahun Cie bagi. Selalunya Cie bagi hari terakhir mereka kerja bagi yang cuti raya la atau hari last Cie kerja sebelum cuti raya. PMX dah umumkan cuti tambahan Jumaat kalau raya Sabtu jadinya last kerja Khamis nanti Cie bagi.
Ada tambahan juga untuk anak penghantar bekalan bahan mentah jabatan Cie. Anak sulungnya sebaya kakak Raisha dan mereka sekolah SISP sama dari darjah 4 hingga 6. Cie bagi jugak untuk anak staf pentadbiran yang rapat dengan Cie. Sorang tu dia tolong tukarkan duit raya untuk Cie dari CIMB kirim kat kawan dia. Setiap tahun la Cie kirim kat dia.
Geng Dental Faiz pun ada sekali untuk anak-anak kawan kerja dia. Lain-lain kategori tu untuk saudara mara, yang datang beraya, yang Cie beraya rumah mereka. Ni kategori memang setiap tahun ada. Siap kategori ye. Haaha.
Kalau ikutkan tak cukup 2pcs je sampul raya yang Cie beli kat Shopee tu. So guna sampul CIMB. Kiranya untuk semua duit yang Cie isi tu dapat 202pcs sampul raya berisi duit raya pelbagai amount. Cie tukar duit kat CIMB, Faiz pulak tukar duit kat surau.
Tahun ni alhamdulillah banyak juga rezeki untuk dikongsi. Macam tahun sebelum ni Cie tukar di bank je. Lepas tu bila dah raya tak cukup pulak peruntukan, anak-anak dapat duit raya so tukar dengan anak-anak la. Sampul banyak so isi-isi je duit tukar dengan anak.
Harapnya tahun ni cukup la. Dah banyak peruntukan tahun ni. Semoga murah rezeki bila kita berkongsi rezeki. Amount berapa pun tak kisah janji kita ikhlas memberi.







8 Ulasan
Sampul raya kita ada yang sama, tapi akak beli kat TT...hehehe...akak pun dah siap isi duit raya siap- siap...balance duit raya tahun lepas pun akak masukkan jugak...ikutlah rezeki siapa yang dapat duit raya...untuk anak- anak buah akak dah siap dah...untuk Dania dan PZ je belum
BalasPadamduit raya dah ada.. tapi nak isi dalam sampul tu malas ya amat. tahun ni mcm nak buat kelainan.. nak bagi toggel je. boleh kan.
BalasPadamwah bagus cie dah siap isi.
BalasPadamSaya pun beli sampul raya di Shopee... Tak mampu la nak tunggu free dari kedai atau bank, takut tak cukup :)
BalasPadamBetul elok juga isi awal2 tak kalut nanti kan. Pernah lupa isi duit raya, dalam kereta lah kami 4 beranak mengisi nya.
BalasPadamAkak pun dah siap isi pagi tadi. Fuh..lega settled satu hal. Pun ada kategori, siap-siap tulis senang bila nak capai sampul mana satu.
BalasPadamWahhh..Byk sampul tu. Sy beli sampul dkt kedai ECO. 40 pcs dah habis isi utk cucu sedara & kalau ada kids yg dtg rumah. =D
BalasPadamBelum isi sbb terlupa letak dekat mana kotak simpanan sampul raya 😅 nak kena selongkar bawah katil kot hihi ...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.