Result UPKK keluar 25 Februari 2026, ambil slip keputusan pada 26 Februari 2026 di KAFA, 27 Februari majlis meraikan keputusan UPKK diadakan hasil perbincangan mereka pada 26 Februari tu la.

Selepas balik dari ambil slip tu adik Rania cakap nak berbuka kat luar dengan kawan-kawan kelas KAFA. Mulanya Cie macam taknak bagi. Nanti susah la nak hantar dan ambil lagi. Dia pujuk jugak nak pergi. Cie tetap taknak bagi. Kat Secret Recipe pulak tu.

Kita duk fikir macam mana nak order, sesama kawan-kawan pulak tu. Pagi Jumaat 27 Februari tu ustazah KAFA masukkan dalam group parents. Mereka dah bincang dalam group pelajar dengan ustazah tu. Senarai nama yang boleh join tu belas-belas orang je mulanya.

Balik rehat tengahari tu adik Rania pujuk lagi ibu. Cie cakap tanya babah kalau babah bagi. List nama tu makin bertambah. Adik Rania pun whatsapp babah dia tanya boleh tak dia nak join. Babahnya bagi green light. Cie pun masukkan la nama sebabnya ustazah nak nama tu sebelum pukul 3 petang nak booking makanan dan tempat. 

Babahnya dah bagi duit cash. Ibu dan kakak Raisha macam-macam la bagi pesanan. Jangan lupa ambil baki la apa la. Rupanya ustazah dah bayarkan semua dan kena transfer ke ustazah je. Duit cash tu bawak balik semula la. Ustazah bagitau masa mereka dah sampai di SR. Kalut la parents transfer duit sebabnya semua dah bagi cash.


Happy la budak tu dapat join. 4 orang je kawannya yang tak join. Mereka keluar selepas Maghrib. Solat dan berbuka minum air je di rumah. Adik Rania tumpang kereta mak kawannya datang ambil di rumah.

Lama juga mereka makan di SR tu. Pukul 10 baru balik. Waktu balik tu adik Rania dan kawannya tumpang kereta ustazah hantar ke rumah. 




Macam-macam la dia bawak balik. Hadiah dari ustazah, duit raya dari ustazah, kawan bagi pulut rendang. Kemain happy bercerita. Tengok gambar pun nampak semua seronok dapat berbuka ramai-ramai. Lepas ni tak jumpa dah.