Buat Kek Batik Resipi Che Nom

Lama dah anak-anak request suruh ibu buat kek batik. Ibu ni kemalasan nak membuat. Kebetulan hari tu buat Banana Pudding ada lebih biskut marie. Jadinya terpaksa la rajin jugak buat. 

Kalau tengok dari posting blog yang lepas ada share resipi Kek Batik tahun 2014. Dah 12 tahun berlalu. Cie buat kali ni guna Resipi Kek Batik Che Nom sebab Cie nak buat yang ada coklat ganache tu. Memang menjadi resipi tu walaupun takdela follow betul-betul sukatan tu. Cie ada sikit je biskut marie. Dapat la setengah adunan.

Cuma coklat ganache je Cie guna sukatan penuh sebabnya rugi pulak whipped cream tu kalau guna separuh je. Kalau dah buka mesti tak elok dah. Kiranya coklat ganache Cie tebal la baru puas makan. Mulanya nak buat yang indulgence tu adik Rania taknak pulak.


Ada yang dah pernah try ke resipi Che Nom? Jadi tak korang buat. Cie share sini resipi asal Che Nom. Terima kasih banyak Che Nom share resipi. Link asal resipi tu Cie dah share kat atas. Cie copy semula resipi asal Che Nom kat sini. 

Kek Batik Coklat Ganache


Bahan Untuk  Kek Batik

2 pek/ 540-600g biskut marie (dipatah-patahkan sederhana besar)
1 ketul / 200g  butter (unsalted/salted)
½ cawan / 153g  susu pekat
½ cawan / 50g serbuk koko (kalau boleh diayak)
1 cawan / 120g serbuk milo (kalau berketul, ayak dulu)
½ cawan / 118 ml air panas
½ sudu kecil garam (kalau guna unsalted butter)
1 biji telur (suhu bilik lebih senang sebati)
1 sudu kecil ekstrak/esen vanila

Bahan Untuk Topping Coklat Ganache

200ml /200g whipping cream
200g dark chocolate (cincang kasar) 
1 sudu kecil ekstrak/esen vanila
1 sudu besar butter
- Cie guna dark chocolate yang coin tu tak perlu cincang dah.


Cara Buat Kek Batik

1. Sediakan loyang dan lapik dengan kertas baking atau plastik (lebih senang keluarkan nanti). Patah-patahkan biskut Marie dan ketepikan.

2. Dalam periuk, cairkan butter atas api perlahan. Bila dah cair, masukkan susu pekat, serbuk koko dan serbuk milo. Kacau berterusan sampai semua larut dan adunan nampak gelap sekata (pastikan tak ada ketul).

3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil kacau. Jika guna unsalted butter, masukkan garam. Terus kacau sampai adunan betul-betul halus dan licin.

4. Perlahankan api (atau tutup api sekejap) supaya adunan tak terlalu panas. Masukkan telur dan esen vanila sambil kacau laju tanpa henti sampai adunan kembali licin (jangan bagi telur berketul).

5. Masukkan biskut Marie sedikit demi sedikit dan gaul perlahan sampai semua biskut bersalut sekata. Rehatkan 2–3 minit supaya biskut lembut sikit dan senang dipadatkan.

6. Tuang adunan ke dalam loyang. Ratakan dan tekan rapat-rapat (terutama bahagian tepi) supaya kek padat dan senang dipotong. Sejukkan dalam peti sejuk sementara sediakan topping ganache.


Cara Buat Topping Coklat Ganache

1. Panaskan whipping cream hingga panas berwap (jangan sampai mendidih). Boleh guna periuk atas api kecil atau microwave (panaskan berperingkat dan kacau).

2. Tuang whipping cream panas ke atas dark chocolate yang dicincang. Biarkan 1 minit supaya coklat mula cair sendiri.

3. Kacau perlahan dari tengah ke luar sampai coklat cair sepenuhnya. Masukkan esen vanila dan butter, kemudian kacau lagi sampai ganache licin berkilat dan tak berketul.

4. Keluarkan kek batik dari peti sejuk. Tuang ganache atas permukaan dan ratakan. Ketuk loyang perlahan untuk keluarkan gelembung udara, kemudian sejukkan semula hingga ganache set sebelum dipotong.

Kek Batik Versi Cie

Cie separuhkan bahan untuk kek batik tu sebab biskut marie Cie ada separuh plastik je. Lebihan buat banana pudding hari tu. Lepas tu atas coklat ganache tu Cie tabur dengan biscoff lebihan buat banana pudding jugak. 

Resipi ni memang menjadi dan lembut je. Manisnya pun just nice je. Nanti nak repeat buat lagi. Selalunya kalau anak nak makan Cie beli je. Sama ada order 1 loyang atau beli yang jual slicing kat gerai tepi jalan tu. 


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Kek batik ni kesukaan ank2 kan
    Ciknur bila rajin buat jual utk anak2 sek
    Lakuu jga he hee
    Tp versi xda coklat ganache la
    Ada org sukq yg lembut dan ada yg suka versi cruncy 😁

    BalasPadam
  2. Sedap kek batik ni. Terima kasih share resipi

    BalasPadam
  3. Cie ni berbakat betul bab baking dan memasak. Boleh dipertimbangkan untuk open order tu. KSarie suka kek batik ada coklat ganache ni

    BalasPadam
  4. Sedapnya kek batik. Saya suka juga makan sekali sekala.

    BalasPadam
  5. Lamanya tak buat kek batik ni, tapi kalau buat..togel je lah..malas nak bertopping bagai..hahaha

    BalasPadam
  6. Selalunya resepi dari Che Nom sedap-sedap. Saya pun selalu mencuba resepi dari beliau.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.