Menu Dinner 15 April 2026

Hari-hari dah masak menu ayam, hari ni tukar menu ikan pulak. Sejenis je ikan minggu ni Faiz beli. Faiz la tukang pilih lauk pauk. Cie tukang masak je. Sayuran je Cie yang pilih. 


Ikan siakap goreng sos thai ni memang kegemaran anak-anak. Memang selalu masak menu ni lagi dari ikan siakap 3 rasa tu. Selain ikan, boleh juga buat ayam.

Telur ada lagi 4 biji, 2 biji buat telur dadar je. Ada ikan, ada telur cukup la 2 jenis protein. Nak kurus ni tak kurus-kurus lagi. Hahahah. Adoi la.

Sayur pulak Cie masak kacang buncis goreng kicap dan ulam timun. Kacang ni Cie dan Faiz je makan. Anak-anak makan timun tu je. Kena paksa makan sayur budak-budak ni. Susah betul nak makan sayur.

Buah pulak anggur je nak habiskan anggur yang dah nak lembik tu. Silap pilih hari tu bukan yang biasa beli tu jenis tahan lama dan keras sikit. Yang jenis ni cepat lembik.

Tu jela menu hari ni. Dah siap masak boleh la mengadap blog pulak. Hari-hari update menu dinner pun takde idea nak tulis panjang-panjang. Ada je entri lain dalam draft belum di publishkan lagi. Untuk back up post la menu dinner setiap hari wajib 1 entri. Begitulah disiplin nak hidupkan blog.

Kelmarin cecah 9k+ view, lepas tu turun 3k, lepas tu nanti turun 1k, 2k, 3k dan begitulah seterusnya. Taktau kenapa memang tak konsisten setiap hari pageview ni. Ada masa tinggi betul, ada masa rendah betul. 




Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Sama kak. Anak2 pun saya paksa makan sayur. Suka tak suka, wajib makan. Saya tungguin kadang, supaya tak diam2 mereka buang. Krn dulu sayapun dipaksa mama sejak kecil makan sayur. Akhirnya saat dah besar, memang suka. Mungkin juga Krn mama selalu bilang, sayur bagus utk kesehatan kulit. Jadi buat saya termotivasi dan akhirnya mau makan sayur. Ke anak2 pun saya bilang begitu.

    Anggur jenis mudah lembek nih saya pun tak suka. LBH suka yg kulit garing sikit 😄

    BalasPadam
  2. Nampaknya sajian semakin menggoda..hehe..

    BalasPadam
  3. Rumah ini siakap buat 3 rasa atau masak asam.
    Hehe biasalah budak-budak tidak suka makan sayur.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Bagus juga anak² nak makan timun tu.

    BalasPadam
  6. Entry menu ni simple tapi seronok baca. Boleh ambil idea nak masak

    BalasPadam
  7. Wahhh..Sedap menu ikan siakap tu =D

    BalasPadam
  8. Lama dah tak makan ikan siakap.
    Saya pun prefer lauk ikan daripada ayam. Ayam ni kadang2 dah jemuu

    BalasPadam
  9. terliur ikan tuuu! ari ni MZ puasa qadak/syawal utk last dayyyy tak sabar nak raya esok yayyy

    BalasPadam
  10. Macam sedap je nak buat menu guna sos thai ni. Rumah Cuya takdelak sos thai.

    Nasib baik diorang suka timun, ada jugak sayur yang diorang boleh makan. Cuya dulu pon tak suka sayur. Dah besar baru suka sebab tahu sihat kan

    BalasPadam
  11. Kat rumah Kak SA....Kak SA sorang je makan sayur...yang 3 orang tu memang x makan sayur..tapi PZ rajin beli sayur...geram je kekadang masak sayur jarang habis...

    BalasPadam
  12. Sayur ini memang macam tu kot.. Jenuh nak suruh anak-anak makan sayur.. Terutama si kakak.. Memilih..

    Walaupun simple tetaplah menyelerakan..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.