Cie buat mi rebus Terengganu. Kita biasa panggil mi sup kan. Kalau mi rebus belah Johor lain pulak kejadiannya. Mi rebus Terengganu ni mi sup tu la. Kuahnya takdela pekat, cair je.
Tumis bawang putih dan lada hitam tumbuk je. Ada yang letak telur. Cie tak letak telur. Letak ayam, fish ball, sayur. Lepas tu letak la garam ke bahan perasa ke. Simple je bahannya.
Untuk tambahan boleh makan dengan limau nipis, taugeh, sambal kicap, bawang goreng. Sayur siew pak choy dan daun sup Cie terus masukkan dalam kuah. Taugeh je Cie asingkan untuk Cie sorang je makan taugeh tu.
Kalau buat style rebus ni kena terus makan. Tak boleh biarkan lama nanti kembang tak sedap. Cie tadi buat kuah dulu. Masa nak makan baru masuk siew pak choy, daun sup dan mi.



15 Ulasan
Simple tapi sedap tu. Saya suka hirup kuah yang ringkas begini.
BalasPadamBetul... Mi kalau ada rasa kapur memang potoing!
BalasPadamMZ pun suka mee kuning brand gardenia! lg pun sbb yakin produk muslim kita kan..alhamdulillah
BalasPadamSedapnya, makan panas² pulak 😋
BalasPadamBaru je buat utk kids hari tu...=D
BalasPadamMenu sihat ni. First time dgr mi rebus Terengganu 😄
BalasPadamWalaupun nampak simple tapi kelihatan sedap. Boleh dicuba ni.
BalasPadamsenang rupanya nak buat. macam mi sup biasa je :D
BalasPadamSedapnya makan sup panas-panas dengan bawang goreng garing.Ini kalau makan waktu hujan sure lagi ngam kan
BalasPadamSetujuuu. Kalau buat mie rebus nih saya usahakan juga utk sekali makan. Nanti malam baru masak lagi kalau masih teringin. Tp kadang kalau malas, masak kuahnya , lalu mie nya direbus pisah 😄. Supaya tak menyerap kuah .
BalasPadamKak SA pun sebenarnya suka buat mee rebus macam ni..bezanya x campurkan sekali mee tu...asingkan dan tuang kuah aje...
BalasPadamAda sup tu yang saya suka makan..alhamdulillah ..resipi menu mee yang lazat
BalasPadamMenu sihat ni.
BalasPadamSedap bila dapat hirup sup.. Sha pun suka mi Gardenia..
BalasPadamsedapnya
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.