Lunch Di Nandos IOI Mall 1 Mei 2026

Selepas shopping di Ikea 1 Mei yang lepas, kami terus gerak ke IOI Mall. Plan nak makan dan jalan-jalan serta sekali shopping baju anak-anak dan Cie. 

Sampai je terus ke Nandos. Ramai jugak orang full house. Kena queue jugak cuma tak lama sangat. Macam biasa la order guna QR Code. Agak slow line dalam tu lambat jugak la nak settle order.


Cie ambil whole chicken yang ada 6 side dish tu. Macam takde dah set yang ada sekali air tu. So order jela air bottomless tu boleh la refill air. 




6 side dish tu Cie ambil coleslaw, chips, peri peri chips, Mediterranean rice 2, spice rice. 3 beranak tu makan nasi. Cie ambil sesudu gitu je. 

Mulanya nak tambah macaroni tapi takut tak habis pulak. Memang betul dah kekenyangan sangat dah makan apa yang dipesan tu. 

Total semua sekali RM130.50. Lepas siap makan macam biasa la susun pinggan elok-elok bagi mudah mereka nak clear table. Cie baru siap susun, nak snap gambar eh tiba-tiba adik tu terus nak clear. Laju betul.


Dah kenyang baru la boleh shopping. Dapat sehelai sorang je baju. Nanti la cerita entri yang lain. Tak lama juga di IOI Mall tu sangat crowded terlalu ramai orang. Lepas siap beli baju terus keluar dan terus ke hotel untuk check in. Banyak lagi entri holiday bersusun ni. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Cepat betul pekerja dia buat kerja.. Mungkin sebab ramai orang agaknya..

    BalasPadam
  2. Tak menyempat nak tangkap gambar ya. Bagus kak Cie tolong susunkan. Biasa orang tingglkan ajer pinggan2 tu.

    Nampak sedap² makanan tu, Cuya lak memang suka western

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.