Menu Dinner 6 Mei 2026: Menu Bungkus Nasi Goreng

Hari ni tak masak untuk dinner. Faiz kursus di Kuantan. Jadi Cie plan bungkus jela nak makan 3 beranak je. Cie malas nak cuci segala peralatan masak. Selalu Faiz yang akan settle mengemas dapur dan mencuci segala peralatan. 

Cie masak je. Macam tu la pembahagian tugas kami. Faiz tak pandai masak. Bila dia takde kita bungkus je jimat masa. Sebab Cie ada challenge yang nak diselesaikan. Setiap hari gini la kejar masa nak cukupkan steps, nak fokus family, nak fokus blog.

Jadi cabang masa Cie tu terlalu full. Takde masa sangat nak scroll social media. Which is bagus la tak membuang masa sangat dengan membaca gosip je. Hahaha

Balik kerja singgah ambil kakak Raisha baru habis Koku 4.30pm tadi, on the way balik rumah singgah kedai Sarjan untuk bungkus je makanan dinner.

Untuk Cie nasi goreng ayam, kakak Raisha nasi goreng seafood dan adik Rania nasi goreng cina. Kang tambah timun ulam, sambal belacan dan keropok. Lupa tadi nak mintak ayam bahagian tulang, cuma pesan taknak sos je. Ayam isi ni tak berkenan sangat.


Adik Rania tu fobia dah nak order menu sama kakak nasi goreng seafood. Masa balik dari KL baru ni singgah makan kat kedai tepi jalan Raub-Lipis. 2 beradik tu order nasi goreng seafood. Udang dan sotong macam busuk sikit. Nasi goreng ok je.

Kakak Raisha order je sebab dah biasa beli makanan kat kedai Sarjan ni. Sedap je nasi goreng dia. Cie tadi berbelah bahagi taktau nak order apa. Rasa macam nak makan kuetiau tomyam, ada rasa nak makan nasi goreng. Akhirnya order nasi goreng ayam jela.

Macam biasa la lepas Maghrib kita makan. Menaip entri ni sambil berjalan atas walking pad. Cukup dah 10k steps setakat sebelum Maghrib. Alhamdulillah. Nanti Cie share entri lain mengenai progress cabaran bookdoc tu.




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Kalau ikut tekaan uncle... Kedai sarjan tu tuannya adalah soljah pencen kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kot uncle nanti kita tanya kenapa nama sarjan 😆

      Padam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.