Cie masak je. Macam tu la pembahagian tugas kami. Faiz tak pandai masak. Bila dia takde kita bungkus je jimat masa. Sebab Cie ada challenge yang nak diselesaikan. Setiap hari gini la kejar masa nak cukupkan steps, nak fokus family, nak fokus blog.
Jadi cabang masa Cie tu terlalu full. Takde masa sangat nak scroll social media. Which is bagus la tak membuang masa sangat dengan membaca gosip je. Hahaha
Balik kerja singgah ambil kakak Raisha baru habis Koku 4.30pm tadi, on the way balik rumah singgah kedai Sarjan untuk bungkus je makanan dinner.
Untuk Cie nasi goreng ayam, kakak Raisha nasi goreng seafood dan adik Rania nasi goreng cina. Kang tambah timun ulam, sambal belacan dan keropok. Lupa tadi nak mintak ayam bahagian tulang, cuma pesan taknak sos je. Ayam isi ni tak berkenan sangat.
Adik Rania tu fobia dah nak order menu sama kakak nasi goreng seafood. Masa balik dari KL baru ni singgah makan kat kedai tepi jalan Raub-Lipis. 2 beradik tu order nasi goreng seafood. Udang dan sotong macam busuk sikit. Nasi goreng ok je.
Kakak Raisha order je sebab dah biasa beli makanan kat kedai Sarjan ni. Sedap je nasi goreng dia. Cie tadi berbelah bahagi taktau nak order apa. Rasa macam nak makan kuetiau tomyam, ada rasa nak makan nasi goreng. Akhirnya order nasi goreng ayam jela.
Macam biasa la lepas Maghrib kita makan. Menaip entri ni sambil berjalan atas walking pad. Cukup dah 10k steps setakat sebelum Maghrib. Alhamdulillah. Nanti Cie share entri lain mengenai progress cabaran bookdoc tu.


9 Ulasan
Kalau ikut tekaan uncle... Kedai sarjan tu tuannya adalah soljah pencen kan?
BalasPadamYe kot uncle nanti kita tanya kenapa nama sarjan 😆
PadamSenang lah Cie masak je... takyah cuci-cuci hehe
BalasPadamWalau tapau tapi nampak sedap.
BalasPadamkesian adik rania trauma nk order nasi goreng seafood dah. mesti seafood lama tu..
BalasPadamBanyak portion nasi goreng beli kat kedai ni, kalau saya agaknya separuh simpan untuk sarapan pagi esoknya.
BalasPadamKesian adik Rania dapat nasi goreng seafood yang dah tak fresh.
Nampak banyak nasi goreng tu semua...
BalasPadamNampak banyak nasinya..
BalasPadamAiiiih tak heran adik trauma sikit pesan nasgor seafood. Kalau udang dan cumi agak busuk sikit, memang merusak selera ... Saya kalau nasi goreng ayam, lebih suka daging ayam tuh disuwir2 lalu campur ke nasi. Jadi bukan utuh macam tuh. Memang kurang suka juga kalau begitu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.