Lunch Menu Family Mart Dan Guna Voucher Beli Zus

Pagi off kitchen, lunch pun off kitchen. Pagi tadi Faiz bungkus je untuk anak-anak daranya. Cie tak makan pagi tadi. Faiz ke kebun. Cie iron baju kerja untuk minggu depan, berjalan atas walking pad 3.66km, vacuum 1 rumah dan bilik, tukar dan basuh bedsheet. Settle bakar kalori waktu pagi.

Lepas dah mandi baru la Cie makan 2 ketul karipap anak-anak tak habis makan. Berehat kejap mengadap blog. Baca komen, blogwalking. Last nya tertidur pulak. 

Bangun je tengok jam dah 11 lebih. Terus la bangun bersiap nak singgah dobi kejap keringkan baju dan terus nak ke Family Mart anak-anak nak oden dan ramen. Cie nak redeem voucher Zus. Sekali arung la FM dan Zus 1 shoplot je hujung sini dan hujung sana. Parking jauh sikit dapat la tambah steps berjalan. Masa tunggu baju siap kering dapat notification duit masuk. Kakak Raisha minta duit kat babahnya nak pergi FM.


Mula masuk FM dulu. Nasib tak ramai orang. Tak perlu nak queue. Terus ambil bowl pilih oden dulu, oder 2 bowl ramen, adik Rania nak aiskrim boleh redeem points nak expired 1Jun nanti. Settle kat FM hantar dalam kereta dulu, ambil tumbler dan terus ke Zus.

Adik Rania dah makan aiskrim dia ibu nak jugak snap gambar 

Zus pun tak ramai orang. Dah masuk dan duduk baru la Cie buat order. Ada 3 voucher nak guna so 3 kali la submit order. Anak-anak nak try thai milk tea tu. Cie ada voucher dari Zus dan voucher Cie dapat reward dari bookdoc masa Cie start aktif 27 April - 30 April dapat la bronze tu yang dapat voucher Zus.



Tu yang best aktif di bookdoc akan dapat banyak voucher nanti. Banyak voucher boleh pilih mana kita nak. Zus je yang ada so Cie pilih Zus. Ada voucher lain yang layak dengan tier bronze tu tapi sebab takde di Lipis so ambil Zus jela.


Cie order 2 thai milk tea klik 2 kali order. Voucher tak boleh guna sekali. Tu yang kena order asing. Untuk Cie order Iced Buttercrème Spanish Lattè guna voucher juga dan discount untuk tumbler. Ada la diskaun sikit. Walaupun beberapa ringgit saja boleh la jimat kan.




Balik rumah kami terus makan menu tu jela. Faiz balik dah dari kebun, dia bersiap nak kerja pulak ada program petang ni. Kami 3 beranak melepak jela kat rumah. Cie nak settle menaip entri yang berderet dah dalam draft tu. Sejak join cabaran ni masa agak terhad nak menulis blog. Tu yang kena bahagi masa weekend untuk siap-siap schedule entri. Entri ni taip on the spot.

Thai tea milk tu anak-anak cakap lagi sedap teh pyorr yang jual tepi jalan tu. Hah tu la nak sangat try dari bila lagi entah duk meratib kat ibu nak try. Harganya jauh beza la kan. Takpela buat ghaso ghaso. Ibu punya Iced Buttercrème Spanish Lattè sentiasa sedap.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Ramen FamilyMart tu, pedas. Budak-budak boleh makan ye.
    Wah, seronok, dapat voucher bila aktif di Bookdoc. Boleh jimat beli kopi.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.