Steps kat huawei dah 8000+ tapi kat apple health 5000+ saja. Shot hampir 3k steps jugak. Bukan senang ye nak dapatkan steps tu. Geram betul la. Ni terpaksa la menaip entri sambil berdiri dan gerakkan kaki. Dugaan betul kan.
Ahli group pun dah ada 3 orang kena kick masa hari ke 5 kot sebabnya tak menyumbang points langsung. Digantikan dengan ahli baru. Cie memang taknak kalah. Tengok orang banyak Cie kena kejar jugak. Ada jugak ahli yang pernah menyumbang point tenggelam timbul. Awal-awal ada point lepas tu senyap.
Bila challenge grouping begini kapten la kena mainkan peranan untuk kejutkan team yang tidur. Berat jugak tugas kapten sebenarnya. Beria sangat gegar team kang orang tak suka pulak kan.
Berbalik kepada tajuk entri nak cerita pasal menu dinner tapi takpela selit sekali cerita pasal challenge Bookdoc Cie tu. Macam biasa la rutin dah bertukar. Balik je kerja lepas solat Asar terus excercise dulu dalam sejam. Lepas tu baru mula masak.
Menu hari ni sup ayam dengan kentang, telur dadar, ikan rebus goreng, bayam brazil goreng belacan, ulam timun dan sambal belacan.
Linda komen post menu dinner sebelum ni. Dia kata macam mana nak cicah sambal belacan dalam bekas tu kan. Kami guna sudu dan cedok la dalam pinggan masing- masing. Begitulah caranya. Hihi. Bekas kaca tu beli di Ikea jugak. Dulu Cie letak rempah ratus ke bahan penumis gitu la lupa dah. Ada 3 biji. Tinggal 2 je 1 lagi penutupnya dah pecah. Tu yang 2 biji letak stok sambal belacan je.


17 Ulasan
Saya pernah data tak match begini. Tapi antara treadmil saya, dengan smartwatch yg saya pakai. Treadmill lebih banyak angkanya, tp di jam smartwatch macam lebih rendah hitungan dia. Tak paham lah. Mungkin beda perhitungan atah macam mana. Akhirnya saya selalu ambil yg paling rendah.
BalasPadamTeruja nampak sajian ada telur..alhamdulillah..
BalasPadamTak tally yang menyakitkn hati tu.
BalasPadamBanyak beza tu sampai 3000 steps. Bukan senang. Dugaan betul
Akak pun ikut sakit hati sekali ha...
BalasPadamSayang sekali...
BalasPadamLaaa.. tak sync pulak... banyak tu nak kena kejar balik.
BalasPadamAiseyyyy... kalau tak meet target kena kick pulak.
Macam kerja berpasukan jugak ni Cie. Semua kena mainkan peranan terutamanya ketua kumpulan. Semangat!!!
BalasPadamsedap nampak menu bayam brazil tu. ada sikit kat pasu maybe boleh tiru menu cie nanti
BalasPadamAdeh, kena kerja keras lagi ni. Chaiyok Cie !
BalasPadamSama pulak menu sup ayam tu :)
hihihi...terjawab komen.. yela, selalu orang hidang sambal belacan dalam piring atau mangkuk kecik.. ni mcm bekas simpan rempah ratus.. hihihi..
BalasPadamitu yang adik ipar bebel2 hari tu... penat berjalan banyak langkah, tapi tak sync dengan bookdoc..
linda dah donlod bookdoc, tapi tak boleh nak sync dengan smartwatch yg ada, yelah..smartwatch jenama cina ntah pape je.. hahaha
Kalau pakai iphone boleh sync apple health, kalau android google fit.
PadamSha pernah jadi macam Cie.. berialah buat brisk walk bagai sekali tak on pun dekat apps untuk tengok rekod.. Sabar je lah..
BalasPadamSah baru download balik BookDoc..
Ala.. Typo pula nama sendiri.. Sha bukan Sah.. kikiki..
Padamkak cie la kaptennya ek? tu kadang2 susah bila buat tugasan berkumpulan ni.. ada yg tak contribute langsung huhu. tapi sedih lagi dah jalan jauh2, jam tak record pulakk
BalasPadamEh bukan kakcie. Ada kapten lain. Kitonyo team members je.
Padamsup ayam fav..wajib ada telur dadar
BalasPadamsup ayam sedap dan simple! hari ahad masa mother's day tu, MZ masak sup ayam jugak selain lauk2 lain (ketam dan udg)--tp tak snap pic la sbb selalu lupa/mls hahahah
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.