Masa kat Brands Outlet IOI Mall beli baju anak-anak sehelai sorang, baju Cie sehelai, stokin Cie. Jenuh pusing 1 BO tu je yang berkenan di hati.
Masuk Padini, masuk butik lain semua takde yang berkenan di hati. Anak-anak pun susah nak cari apa-apa biar mereka pilih sendiri. Taste tak sama. Nanti kalau kita pilih sure la tak pakai.
Pergi ke Melawati Mall Cie je beli baju di Three B’s buat pertama kalinya. Tak pernah lagi beli baju kat situ. Jumpa sehelai je yang berkenan di hati. Cukup la dapat dah 2 helai.
Cie banyak beli jenis blouse ke kemeja entah orang panggil jenis baju macam tu. Dulu selalu beli di Padini. Sekarang Padini dah takde yang berkenan di hati. Banyak beli di BO je dah.
Ni jela yang Cie shopping kali ni. Bukan plan nak shopping pun sebenarnya. Nak bercuti santai je. Tapi dah nampak depan mata kan sauk jela.



11 Ulasan
lama dah tak membeli kat BO, padini. padahal baju2 dia lawa n tak mahal sangat
BalasPadamShopping kadang2 therapy. Tapi kalau selalu sangat, bahaya 🤣
BalasPadamT-shirt lengan panjang. Lama tidak beli.
BalasPadamHa betul.. baju anak² biar depa pilih sendiri. Masing² ada taste.
BalasPadamHepi shopping, Cie dan anak2. Dulu suka juga shopping seluar kat Padini, senang.. Boleh alter kaki seluar terus.
BalasPadamBudak-budak bila dah besar dia ada taste dia sendiri. Mengukur mall ni yang kadang bahaya konon takde nak beli apa sekali hah terborong lah pulak.
BalasPadamBetul tu Cie, anak-anak kalau dah besar memang kena bagi mereka pilih sendiri baju ikut taste masing-masing. Kalau kita belikan, hujung-hujung tersimpan dalam almari je tak dipakai. Alang-alang tengah bercuti santai, dapat jugalah Cie melayan sauk blouse sehelai dua buat kenangan, kan? Janji ada juga hasil bawa balik kan..
BalasPadamBetuuul kak. Anak2 nih dah susah kalau dibelikan. Tak akan sama seleranya. Jadi saya LBH suka mereka pilih sendiri.
BalasPadamDulu saat kuliah di Penang, langganan saya beli baju utk ke kampus, pasti beli di Padini 😄. Awet sangat baju2nya. Tahan lama betul. Balik jakarta, masih saya pakai, tak ada perubahan warna, bahan baju pun tetap bagus, tak melar walau sering pakai.
Tp dah lama tak ke Padini... Nantilah nak lihat2 lagi baju2nya skr
MZ dh lama tak shopping bj kat kedai2..biasanya MZ shopping online ajer! kat shopee or kat mana2 website...or kdg2 kat Temu jugak (utk bj casual/travel)
BalasPadambest shopping di BO, pattern barangnya macam brand femes tapi harga masih mampu milik. kita rasa mcm dah lama sangat tak shopping baju di kedai, biasa beli online ja.
BalasPadamAlang-alang dah sampai dan ada yang berkenankan.. Shopping teruslah ya Cie..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.