Berbalik kepada kisah singgah 7E Cafe ni. Dalam minggu ni semalam pun dah singgah beli lunch. Pagi ni Cie singgah nak beli americano iced terus sekali beli la makanan lunch.
Sekarang ni 7E Cafe ada promo curry puff buy 3 free 1. Cie belum pernah beli lagi so pagi ni beli jela. Bagi staf Cie yang tolong Cie buat kerja pengurusan ada sorang, bagi adik cleaner 1, bagi bos 1, Cie 1. So cukup la 4 ketul. Nak habiskan 4 ketul sendiri memang tak la. Besar jugak curry puff 7E ni makan seketul pun dah cukup. Sambil berkongsi rezeki di pagi hari.
Cie beli iced americano guna tumbler Zus. Uncle Gedek cakap hari tu nanti Zus marah. Hahaha. Jangan kasi tau Zus tau. Nak beli Zus tapi jauh sikit dari laluan Cie pergi kerja. 7E ni memang laluan Cie lepas hantar kakak Raisha ke sekolah so terus singgah jela.
Dah alang-alang ke 7E terus jela beli makanan lunch. Beli burger untuk anak-anak dan beli wrap untuk Cie. Simple je lunch budak-budak ni sebab anak-anak dah makan nasi kat sekolah. Biasa lunch nak yang simple je.
Siap beli baru la terus pergi face scan (e-hadir) kat hospital. 7.18am Cie scan. Sebab singgah 7E tu jadi lambat. Selalunya sebelum 7.10am dah scan. Anak Cie sejenis pergi sekolah awal. Walaupun last call masuk pagar sekolah 7.20am. Tu yang keluar rumah awal la.







10 Ulasan
menarik nampak karipap tu
BalasPadamkaripap tu ada telur ke? macam karipap ikea pulak :D
BalasPadamsaya kalau masuk 7E ni selalu beli burger
Aah ada telur kat dalam. 1/4 biji kot ke 1/2 biji gitulah telur dalam tu.
Padamburger 7E so yummy :D
BalasPadambila ada promo mmg cpt tertarik walaupun pd asalnya nk bli 1 je
BalasPadamLamanya tak singgah 7E. Kalau ke sini biasanya mmg cari burger CP ni je hehe
BalasPadamSinggah 7E memang susah nak keluar dengan tangan kosong 😄 Kopi dan sandwich dia memang nampak menyelerakan. Seronok baca perkongsian santai macam ni, rasa macam ikut sekali singgah beli breakfast pagi-pagi.
BalasPadamSha pun lama tak singgah 7E.. Hari tu ada pergi, duk cari aiskrim kopi tapi tak masuk-masuk.. Majuk nak singgah.. kikiki..
BalasPadamSedap pulak nengok karipap tu.. 7E laluan akak ke.ofis cam takde cafe... jual yg frozen² je. Rasa barista pun takde. Tu yang kalau nak minum kopi pergi 7E yang hala tmpt lain.
BalasPadamlinda pun nak beli wrap tu lah...boleh simpan dekat bilik, boleh panas kn untuk sarapan next day nya...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.