2 minggu je dah siap baju tu. Cie hantar juga sekali kain pasang pemberian Maksu Faiz warna teal blue tu untuk buat baju anak-anak. Masa hantar tu Cie bawak sekali baju contoh untuk ikut pattern baju tu. Tailor tu pun lukis la.
Cie confident jela sebab kakak cakap ramai orang hantar kat dia dari daerah lain pun ada jugak. Cie harap dapat la dia follow pattern baju Cie tu.
Pattern ni baju contoh tu
Sekali bila kakak Cie tolong ambil dan hantar ke rumah Cie masa dia balik kampung, Cie agak frust jugak la bila dah try pakai tu. Tak sama dengan yang Cie bagi contoh tu. Baju contoh ni takde cutting pun kat pinggang.
10 Jun baru ni Cie pakai pergi kerja. Pakai jugak la walaupun rasa macam kembang je body bila pakai. Pattern baju contoh tu kalau pakai takde nampak cutting body. Yang dia buat ni akan nampak la perut buncit ke apa.
Sayang jugak kain kak Notie bagi ni cantik, lembut, sejuk je bila pakai. Tapi pattern pulak tak menarik. Pakai jugak la rugi tempah RM65.


20 Ulasan
Ala, frustrated la bila tak sama macam baju sample huhu.... Tapi kain tu lawa, nampak lembut je
BalasPadamTak apalah Cie. Dari kain menjadi baju, nampak elok jew. Yang penting boleh dipakai.
BalasPadamWow..Ikut shape ni...Mgkn dia nk Cie nmpk lagi brgaya kot.. =)
BalasPadamBaju contoh tu baju kurung Pahang kan...Kurung pahang x der cutting...
BalasPadamComel je saya nampak 👍
BalasPadamAlahai..dah jadi ikut badan la pulak ya.
BalasPadamComel,.. cuma warna baju tu kot. Tak menampakkan ilusi kurus.. kita pompuan ni kan suka nak nampak kurus...
BalasPadamterkilan kan bila hasil yg keluar x seperti yg kita harapkan... bykkan bersabar.
BalasPadamUpah tempah rm65 tu murah ke mahal?
BalasPadamAlaaa sayangnya. Tapi cie pakai warna kuning ni berseri2 wajah.
BalasPadamkita jrg ada bj color kuning sbb rs tk brp matching...syg la tk sama mcm cth baju yg di bagi tp dh siap jahit tkleh nk kata apa dh la kn
BalasPadamAlamaksss.. jadi kembang pulak ya.. nak alter kena tambah duit lagi. Kalau Cie boleh alter sendiri jimat sket.
BalasPadamtak best design kembang2 gini sbb kita akan nmpk bam2...ala cian cie
BalasPadamBoleh hantar tailor untuk alteration kot untuk buat ikut apa cie nak.
BalasPadamWah, ada pemberian Notie..tahniah serba hijau anggun nampak..
BalasPadamCantik kain tu Cie..akak pun x tempahan lagi..kazen bz x dapat nak amik tempahan akak
BalasPadamterkilan pulak rasanya baju tak sama mcm yg kita nak. dahlah kain hadiah pemberian orang pulak tu..
BalasPadamAiiiih sayangnya ..... Kalau cutting salah nih memang frust. Saya jujurnya dah tak pernah jahit baju, sebab mostly memang tak sesuai dengan request 😅😅😅. Akhirnya lebih suka beli jadi.
BalasPadamTp kalau dibagi orang, memang hrs cari tailor yg sesuai lah
Sayang juga bila hasil jahitan tak sama macam baju contoh yang dah diberi. Lagi-lagi bila dah jumpa kain yang cantik dan selesa dipakai. Tapi pada saya masih nampak cantik je Cie pakai. Harap lepas ni dapat jumpa tailor yang lebih menepati apa yang Cie nak.
BalasPadamSaya belum hantar lagi takut kes beginilah hantar kain dengan contoh tapi tidak sama. Lagi satu cari harga berpatutan.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.