So 2 Jun tu waktu lunch selepas Zohor kami ke Secret Recipe. Tak ramai sangat orang banyak meja kosong. Kami terus duduk di meja. Pelayan bagi buku menu dan dia suruh scan QR untuk order. Bayar di kaunter. Boleh la scan QR member untuk collect points dan guna voucher.
Mulanya Cie order dah key in order semua orang. Mulanya order Faiz, kakak Raisha, adik Rania dan order Cie. Entah camne masa dapat resit tu kakak Raisha check eh kenapa takde kakak punya order. Laaa rupanya tadi takde. Padahal dah klik.
Cie pun buat la order lain untuk kakak. Jadi lambat la makanan kakak sampai. Kami dah siap makan baru la makanan kakak sampai. Tak habis dia makan sebabnya dia dah makan sikit makanan adik. Sama-sama la kami tolong habiskan.
Faiz order curry mee dan green apple kasturi
Cie order thai seafood spaghetti
Kakak Raisha chicken cordon bleu dan iced lemon tea
Adik Rania order golden crispy chicken (fries) dan iced lemon tea.
Licin ye semua makan. Lapar sangat kot dan semua makanan sedap. Tak order kek dah sebabnya masa celebrate kat rumah kakak, Cie dah beli kek chocolate indulgence.
Curry mee sedap betul kuahnya secukup rasa. Cie punya spageti tu ingatkan seafood ada la banyak jenis rupanya ada udang dan mussels je.
Mulanya Cie nak guna voucher yang ada tapinya tak boleh guna. Ada 1 voucher tu dah ditetapkan makanan apa yang kena order. Cashier tu tengok ada voucher air dia cakap yang tu boleh guna. Dapat la guna voucher RM3 dan voucher air 25% diskaun.
So total semua untuk order pertama tu RM99.80 dan tambah order makanan Kakak Raisha yang tercicir order tu RM28.50. Birthday babah, ibu belanja semua sekali.












1 Ulasan
Lama gak x makan SR ... Nak kena claim besday kek la bulan ni heheh
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.