So 2 Jun tu waktu lunch selepas Zohor kami ke Secret Recipe. Tak ramai sangat orang banyak meja kosong. Kami terus duduk di meja. Pelayan bagi buku menu dan dia suruh scan QR untuk order. Bayar di kaunter. Boleh la scan QR member untuk collect points dan guna voucher.
Mulanya Cie order dah key in order semua orang. Mulanya order Faiz, kakak Raisha, adik Rania dan order Cie. Entah camne masa dapat resit tu kakak Raisha check eh kenapa takde kakak punya order. Laaa rupanya tadi takde. Padahal dah klik.
Cie pun buat la order lain untuk kakak. Jadi lambat la makanan kakak sampai. Kami dah siap makan baru la makanan kakak sampai. Tak habis dia makan sebabnya dia dah makan sikit makanan adik. Sama-sama la kami tolong habiskan.
Faiz order curry mee dan green apple kasturi
Cie order thai seafood spaghetti
Kakak Raisha chicken cordon bleu dan iced lemon tea
Adik Rania order golden crispy chicken (fries) dan iced lemon tea.
Licin ye semua makan. Lapar sangat kot dan semua makanan sedap. Tak order kek dah sebabnya masa celebrate kat rumah kakak, Cie dah beli kek chocolate indulgence.
Curry mee sedap betul kuahnya secukup rasa. Cie punya spageti tu ingatkan seafood ada la banyak jenis rupanya ada udang dan mussels je.
Mulanya Cie nak guna voucher yang ada tapinya tak boleh guna. Ada 1 voucher tu dah ditetapkan makanan apa yang kena order. Cashier tu tengok ada voucher air dia cakap yang tu boleh guna. Dapat la guna voucher RM3 dan voucher air 25% diskaun.
So total semua untuk order pertama tu RM99.80 dan tambah order makanan Kakak Raisha yang tercicir order tu RM28.50. Birthday babah, ibu belanja semua sekali.












13 Ulasan
Lama gak x makan SR ... Nak kena claim besday kek la bulan ni heheh
BalasPadamHehehe, haritu tersalah wish kat stori. Ingat beday Cie.. Btw cokolat indulgence tu pun mama Faa paling suka.
BalasPadamSusah juga pesan dalam talian ada juga cicir.
BalasPadamSemoga murah rezeki Cie belanja keluarga makan.
yep mi kari SR mmg sedap
BalasPadamlg satu vietnam beef noodle pun sedap juga...
sesekali belanja kannnn
Sedap.semua menu tu.
BalasPadamAkak pun sama.. kalau birthday asben belanja makan je paling senang..
Bila baca blogpost ini langsung teringat eh macam udah lama tidak ke SR. Macam kena singgah je dalam masa terdekat ini ye
BalasPadamHappy Bday to your big bos =D
BalasPadamMZ dh lama tak mkn2 kat SR ni...last ari tu singgah tapau carrot cake ajer. happy besday to ur hubby
BalasPadamSelamat hari lahir buat suami Cie...nak pi dating kat SR la ngan suami...lama x lepak situ
BalasPadamIsssh saya rinduuuu betul makan secret recipe ini laah 😍😍😍. Sejak tutup semua cadangan dia di Indonesia, akibat covid, blm ada plan utk buka lagi rasanya. Padahal dulu tiap birthday memang suka beli cake SR atau makan di restorannya
BalasPadamSejak ada pilihan lain, lama dah tak masuk SR.. Dulu rajin juga beli kek dan makan kat sini..
BalasPadamSelamat hari lahir buat suami anda, semoga bagagia selalu..aamiin.
BalasPadamSo far menu mee berkuah dia saya belum pernah rasa lagi. Menarik utk try next time
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.