Beli Breakfast Dan Redeem Plushie 7 Eleven

Hari-hari nampaknya duta 7E ni menyinggah. Hahah. Saja je nak cari roti untuk breakfast. Kadang-kadang datang lapar Cie akan breakfast around 9am/10am camtu. Kalau tak lapar Cie teruskan IF sampai lunch time. 

Hari Selasa baru ni takde bawak bekalan breakfast tiba rasa lapar. Kat office memang ada je letak snacking. Yang Cie beli kat Shopee. Ada campuran kekacang, kuaci dan kismis. Makan tu jela. Tu yang pagi tadi singgah jela beli apa yang patut. 

Oleh kerana Rabu tu nak beli pau tapi terlupa Cie beli pau 1 perisa green tea red bean, ambil juga 7days croissant coklat. Kopi tak beli sebabnya dah bancuh iced indocafe no sugar dari rumah. Dah alang-alang singgah 7E terus beli makanan lunch anak-anak. Wrap dan burger je.


Sampai je kaunter, saja nak menguji cashier baru tu. Hihihi. Nak redeem free slurpee plushie. Maka nya terkial-kial la member mencari button nak ditekan. Dia pun panggil cashier lagi sorang. Cashier tu pun mencari button juga. Kena scan dulu tag pada kotak plushie tu lepas tu scan pulak voucher kat apps baru la menjadi. Mungkin belum ada orang redeem lagi. 

Mahal juga harga plushie tu masa cashier scan RM59.90. Kena kumpul stamp sebanyak 6 baru boleh redeem plushie. Belian RM10 dapat 1 stamp. Dengan syarat bukan item promo. 



Maka nya menggigih la lagi kita kumpul stamp sehingga 31 Julai ni. Setiap minggu la nampaknya kena membeli ni. 

Cie breakfast pau pukul 10 dah tadi. Croissant tu simpan jela kot bebila lapar. Expired lambat lagi. 

Waktu lunch panaskan burger, wrap dan macaroni yang Cie beli semalam tu. Tak habis Cie makan macaroni share je dengan anak-anak. 





Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. wahh cantik pulak slurpee tu,sampai 31 hb july sempat lagi nie zila nk kumpul point ..hihii

    BalasPadam
  2. Hamboiiiii... nakal... mesti cuak cashier tu🤭

    BalasPadam
  3. Ala Slurpee ni kadang cari kat 7-11 memanjang la machine dia problem. Tapi comel plushie tu.

    BalasPadam
  4. Aduhai...Serius comey plushie tu...SY kalau redeem ada pesaing..Hahaha

    BalasPadam
  5. Opis kami dekat dgn 7ecafe. Asal pukul 9 lebih je dia org sibuk nak tengok apa lagi nk beli kat situ. Dia org suka kumpul point & voucher

    BalasPadam
  6. Wah cute lah plushie tu. Kena gigih ni kumpul point

    BalasPadam
  7. Cute plushie tu, warna hijau pulak tu 💚

    BalasPadam
  8. Comel betul flushie dia.. Sha tak cukup lagi dua stamp.. Macam nak kena terjah juga ni 7E..

    BalasPadam
  9. Comel betul flushie. Ada warna lain ke? Cie jadi duta 7E promo makanan😋

    BalasPadam
  10. Salut lah, memang kak cie duta Sevel sangat yaaa, 😄. Rajiiiin membeli di sini 😁. Tapi saya akui, makanan di sana memang sedap2. Itu yg buat saya rinduuu sangat dengan Sevel.

    BalasPadam
  11. Aaa kiyootnyaa plushiee. Besar juga macaroni tu, Cie.

    BalasPadam
  12. cie boleh jd duta 7-11 heheheh sbb selalu ada entries share mcm2 psl 7-11 ie food etc

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.