Masa kecik Cie suka cactus. Memang Cie jaga cactus Cie banyak juga. Bila dah besar tukar pasu. Bila makin besar mak pindahkan ke tanah. Kiranya dari kecik minat cactus.
Bunga ros tu Cie berkenan nak beli sebab warnanya cantik. Merah pink campur krim. Memang cantik la.
Kakak Cie cakap dah dia pernah beli tak tahan lama dah mati. Cie punya ni tak sampai sebulan. 2 minggu je rasanya. Mula-mula tu terlupa nak siram. Teringat tu tengok dah ada yang nak mati.
Lepas tu setiap hari ada jela yang dah kering mati. Tapi daunnya elok je hijau. Bunga saja yang mati. Cie tak buang la pokok tu biar jela tanam daun je. Dah muncul juga putik bunga. Yang mati tu Cie potong.
Ada sekuntum baru nak tumbuh
Cactus tu ada 5 pasu. 1 pasu je mati. Yang jenis macam daun. Tak pernah siram pun biar je. Cactus tak guna air sangat untuk hidup.
Nanti la cari bunga ros kat nursery sini jela. Kot yang Cameron tu tak sesuai dengan cuaca yang panas ni. Cie ni tak pernah la ada pokok bunga. Masa MIL ada dulu dia nak bagi pokok bunga dia cakap buat penyeri rumah. Cie cakap nanti mati rugi je.
Arwah mak dan arwah MIL keduanya suka bunga. Masa ada mak dulu macam-macam bunga ada kat laman. Bunga kertas, bunga raya, bunga loceng, orkid dan macam-macam la. Siap ada rumah orkid. Lepas mak dah takde terbiar gitu jela.
Kaklong yang jaga jadi hutan jela. Mula dulu cantik jugak laman tapi sejak busy uruskan suami dia strok dulu dia dah takde masa nak uruskan pokok, nak kerja lagi. Kakngah je menurun mak. Laman dia macam-macam bunga ada. Dia surirumah memang ada banyak masa nak belek pokok bunga.
Rumah Cie takde laman. Ruang kecil je porch kereta. Cie ada tanam pandan dan daun kari je. Daun kari pun tak menjadi sangat. Takde masa nak menjaga.
Dulu pernah la jadi mini kebun tanam cili, sayur. Memang menjadi la tangan Cie jenis sejuk. Lama-lama malas dan takde masa.








2 Ulasan
Alahai, sayang betul bunga ros tu cepat layu. Tapi warna bunga memang cantik sangat..Kadang-kadang pokok dari kawasan sejuk memang perlukan masa nak sesuaikan diri dengan cuaca panas.
BalasPadamkebanyakkan macam tu la Cie bunga yang dibeli di Cameron tak tahan lama,rasanya memang sebab cuaca..tengok cantik tu geram nak beli kan,tapi mengenangkan sekejap je hayatnya tu rasa rugi pula beli
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.