Masa kecik Cie suka cactus. Memang Cie jaga cactus Cie banyak juga. Bila dah besar tukar pasu. Bila makin besar mak pindahkan ke tanah. Kiranya dari kecik minat cactus.
Bunga ros tu Cie berkenan nak beli sebab warnanya cantik. Merah pink campur krim. Memang cantik la.
Kakak Cie cakap dah dia pernah beli tak tahan lama dah mati. Cie punya ni tak sampai sebulan. 2 minggu je rasanya. Mula-mula tu terlupa nak siram. Teringat tu tengok dah ada yang nak mati.
Lepas tu setiap hari ada jela yang dah kering mati. Tapi daunnya elok je hijau. Bunga saja yang mati. Cie tak buang la pokok tu biar jela tanam daun je. Dah muncul juga putik bunga. Yang mati tu Cie potong.
Ada sekuntum baru nak tumbuh
Cactus tu ada 5 pasu. 1 pasu je mati. Yang jenis macam daun. Tak pernah siram pun biar je. Cactus tak guna air sangat untuk hidup.
Nanti la cari bunga ros kat nursery sini jela. Kot yang Cameron tu tak sesuai dengan cuaca yang panas ni. Cie ni tak pernah la ada pokok bunga. Masa MIL ada dulu dia nak bagi pokok bunga dia cakap buat penyeri rumah. Cie cakap nanti mati rugi je.
Arwah mak dan arwah MIL keduanya suka bunga. Masa ada mak dulu macam-macam bunga ada kat laman. Bunga kertas, bunga raya, bunga loceng, orkid dan macam-macam la. Siap ada rumah orkid. Lepas mak dah takde terbiar gitu jela.
Kaklong yang jaga jadi hutan jela. Mula dulu cantik jugak laman tapi sejak busy uruskan suami dia strok dulu dia dah takde masa nak uruskan pokok, nak kerja lagi. Kakngah je menurun mak. Laman dia macam-macam bunga ada. Dia surirumah memang ada banyak masa nak belek pokok bunga.
Rumah Cie takde laman. Ruang kecil je porch kereta. Cie ada tanam pandan dan daun kari je. Daun kari pun tak menjadi sangat. Takde masa nak menjaga.
Dulu pernah la jadi mini kebun tanam cili, sayur. Memang menjadi la tangan Cie jenis sejuk. Lama-lama malas dan takde masa.








22 Ulasan
Alahai, sayang betul bunga ros tu cepat layu. Tapi warna bunga memang cantik sangat..Kadang-kadang pokok dari kawasan sejuk memang perlukan masa nak sesuaikan diri dengan cuaca panas.
BalasPadamkebanyakkan macam tu la Cie bunga yang dibeli di Cameron tak tahan lama,rasanya memang sebab cuaca..tengok cantik tu geram nak beli kan,tapi mengenangkan sekejap je hayatnya tu rasa rugi pula beli
BalasPadamBila pergi CH dan belek pokok, suami akak mesti warning. Tak payah beli kat CH sebab semuanya mati 😅. Yelah, cuacanya berbeza.
BalasPadamNak tanam dan jaga pokok memang kena sabar Cie. Dulu masa anak² kecik, pokok saya asyik kena gunting dgn bujang 2 orang tu. Memang stop sekejap tanam pokok... Bila dia org dah bujang, baru saya on balik tanam pokok sampai sekarang..
BalasPadamTurut berduka... T_T
BalasPadamrajin jugak zila beli sepokok dua klu ke CH,tapi tulah jangka hayat sllu x lama..
BalasPadamSaya sebenarnya tangan panas, tak sesuai pelihara tanaman. Apalagi sering traveling pula. Tp kemarin kan pergi ke rumah makcik nya kak Retna, trus saya lihat teras rumah dia cantiiiik sangat, Krn banyak tanaman 😍😍. Jadi teringin nak buat begitu, letak dalam pot. Tp hrs cari tanaman yg tahan banting sikit 🤣. Yg tak terlalu perawatan sangat. Nantilah nak cari tanaman yg sesuai
BalasPadamSayangnya kan
BalasPadamCuaca kita panas agaknya kan
Kat sana geramm je tgk subor2 bunga ros berkembang
Akk pun suka pokok, dekat rumah ni banyak pokok termasuk pokok ros. Kena selalu siram & belai baru pokok subur kata orang. Kadang sempat kadang tidak juga
BalasPadamSejuk tangan Cie ni banyak juga pokok yang menjadi. Menghijau semua pokoknya. Nak kena rajin mempesoh la ceritanya tuh kan
BalasPadamSaya mmg surrender bab2 bertanam apa2 ni. Baik pokok bunga atau buah-buahan mmg semuanya akan mati 😅 maklumlah tangan panas
BalasPadam2 pokok ni Sis pun tak boleh nak jaga, pernah beli dan jaga, pun akhirnya kojol juga , gerammm
BalasPadamPokok2 sy byk yg mati sbb bila Mama out station ank2 tak rajin siram. 😅😅Yg tak mati mostly pokok yg seakan kaktus (tak pasti apa nama pokok tu, sejenis kaktus kot tp tak berduri, tp boleh hidup tanpa air).
BalasPadamsuka tgk bunga ros tp kena ati2 duri tu...
BalasPadamSy beli bunga masa masuk rumah baru dulu pun tak hidup lama. Dh gone. =D..Skrg hanya ada snake plant je dlm rumah.
BalasPadamPokok kari tu try tukar tanam kat tanah, manatau akan subur.
BalasPadamRugi ni, tangan sejuk tapi tak sempat nk belek bunga...
BalasPadamAda baca juga yang pokok bunga yang beli di tanah tinggi, agak cerewet banding beli di nursery biasa. Okay tu, pokok bunga ros itu hidup lagi. Kalau masak nasi, cuba Cie siram air basuhan beras tu pada pokok. Akak kadang buat camtu, terus keluar kuntum bunga baru.
BalasPadamsusah nak jaga bila suhunya tak sama macam di CH..
BalasPadamGeng lah kita Cie, kat porch kereta pun ada ruang kecil je nak selit pasu. Pokok daun kari dengan pandan tu memang wajib ada untuk kegunaan memasak, kan? Tapi kalau Cie kata dulu pernah menjadi tanam cili dengan sayur, maknanya tangan Cie sejenis sejuk juga tu... cuma kekangan masa je nak belek hari-hari.
BalasPadammy mini garden pun dh terabai ni...adoyai...ada reason sebenarnya..nanti kalau ada mood, boleh MZ buat entry
BalasPadamFaa ni kalau beli tumbuhan kat nursery bawa balik rumah tak sampai 2 minggu kiok dah 🤭
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.