Pengalaman Blog Kena Locked

5 Ogos 2026 lebih kurang pukul 6.45am Cie buka blog. Kebiasaan waktu pagi sebelum keluar rumah sempat la baca komen kat blog. Sekali tengok ada amaran blog kena locked. Hahh sudah apa yang berlaku ni. Try buka lagi pun sama kena locked. 


Cie pun klik untuk request review. Kena klik dalam tempoh 90 hari, kalau tak klik automatik blog remove. Buka emel baru nampak ada blogger team hantar emel pukul 1.32am mengatakan blog Cie 'has been removed'. Cuak jugak bila baca. 



Search jugak pengalaman orang lain. Ramai juga pernah alami blog kena locked ni sejak dari dulu-dulu lagi. Ada yang kena tahun 2020, 2021. Ada yang kena locked beberapa jam. Ada yang beberapa hari. Cie kali pertama kena ni. 

Entahla kenapa ek? Katanya ada melanggar community guideline. Rasanya blog Cie ni biasa je takdela mengandungi unsur bukan-bukan.

Perasaan risau memang ada. Bayangkan la blog tu dah ada lebih 2000 entri yang Cie dah tulis. Komen kawan-kawan blogger pun banyak. Tiba-tiba kena locked. Risau kena remove terus je. 

Sepanjang tempoh kena locked tu Cie hanya boleh buka reading list dan blogwalking blog rakan blogger je. Rupanya bukan Cie sorang yang kena. Ada beberapa orang rakan blogger kena sama macam Cie. 


Kalau tanya Cie sebab apa kena locked Cie pun taktau sebab apa. Blogspot cakap ada beberapa faktor secara umum bukan spesifik sebab apa kena locked. Kalau tau sebab apa tu kita boleh la perbaiki. 

Tunggu punya tunggu alhamdulillah lebih kurang 14-15 jam dah dapat balik blog Cie. Cie terima emel 9.36pm hari yang sama 5 Ogos 2026. Alhamdulillah syukur dapat semula blog Cie.


Cuma risau juga kan akan datang kena lagi. Harapnya takdela lagi lepas ni. Blog Cie ni biasa je cerita kisah hidup setiap hari je. Takde pun cerita bukan-bukan. Tak faham juga kenapa blogspot nak locked. Mentang-mentang menumpang di platform mereka. 





Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Syukur Alhamdulillah.
    Macam tetiba je ya, beramai² pulak tu.
    Kalau diorang bagitau spesifik senang sket kita nak ambil langkah berjaga².

    BalasPadam
  2. apa yang Kak SA dapat info, kita jangan sesekali cerita bab perang, pihak yang satu tu dan pihak yang kita sokong especially tembikai tu...jangan ada related ngan diorang...tapi kita yakin kan so appeal aje kalau kena lock...blogspot kan memang tengah bermasalah skrg

    BalasPadam
  3. alhamdulillah dah dapat semula,nasib tak lama hilang..aishhh la buat kita susah hati je

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..Dah dpt semula blog.

    BalasPadam
  5. ramai yg kena semlm...terkejut jugak bila dpt tahu benda ni jadik kat kwn2 blogger...anyway lagi ni pun ada jugak yg baru kena, cthnya carneyz..hrp2 ptg/mlm ni dpt balik blognya

    BalasPadam
  6. Ini blog ketiga yang Sha baca pasal kena locked ini.. Tiba-tiba rasa seram sejuk.. Harapnya tak jadi apalah lepas ini..

    BalasPadam
  7. ramai rupanya blog kwn2 kena removed..kita br blk bercuti br tgk kwn2 update ..alhamdulillah dpt blk

    BalasPadam
  8. Membangkitkan rasa risau bila blog tetiba kena locked. Moga platform Blogspot tak buat hal lagi lepas ni, Cie!

    BalasPadam
  9. Tulah, rasanya baru lepas komen tiba-tiba tak boleh bukak pulak. Syukur tak lama ikut tempoh tu. Happy semua dah dapat blog masing-masing. Tak ada angin, tiba-tiba locked blog pulak kan. Mana tak cuaknya.

    BalasPadam
  10. Maknanya, ada orang atau pihak request review blog kome la. Tapi beramai-ramai pula tu, bukan Cie sorang. Musykil kita. Ish.. nasib baik dapat balik. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah dapat balik rumah cie. Memang tanjat gegerl tau bila tenguk ramai yang kena yang kita selu jenguk pulak tu. Apa pun mudahan blogger tak buat lagi macamni. Sayang kan bertahun menulis habis gitu je.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah dapat balik blognya. Semoga rakan bloggers yang terlibat akan dapat kembali blog mereka

    BalasPadam
  13. Blog ni femes sangat ni....
    Mujur dah kembali beraksi

    BalasPadam
  14. Google saya rasa ada menambah feature keamanan mereka, tp terlebih , apalagi dilakukan mesin kan. So banyak yg kena false remove. Globally kejadiannya. Krn teman2 blogger Indonesia yg pakai blogspot pun kena.

    Harap2 WP tak kejadian. Tp WP kebanyakan pakai hosting sendiri, tak menumpang dengan induk nya.

    BalasPadam
  15. oohh macam tu kisahnya... mujur dapat diselamatkan...

    BalasPadam
  16. sebelum kejadian ni sy perasan juga
    ada laa hal2 kecil yg menyebabkan blog ni tak boleh
    sy tak tahu laa blog lain
    tp dah byk kali refresh pun still x boleh buka
    dah malas sy biarkan je seharian ...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.