Alhamdulillah malam tadi sempat la kami buat tahlil dan doa selamat dah alang-alang berkumpul adik beradik.
Selepas Isyak abang Cie yang kelima memimpin tahlil dan doa dibaca oleh anaknya yang berumur 11 tahun. Anak-anak lelakinya semua pandai baca doa.
Menu dinner kami dimasak oleh Kak Long. Cie tolong potong-potong jela apa yang patut. Menu gulai masam ayam (tempoyak), ikan sungai goreng, hati dan pedal goreng, gulai keladi (tempah), sambal tempoyak dan ulam keladan.
 |
| Gulai masam ayam (tempoyak) |
 |
| Acar timun masak |
 |
| Hati ayam goreng |
 |
| Pedal goreng dengan kacang |
 |
| Gulai keladi (yang ni beli je tak masak) |
 |
| Sambal tempoyak dan ulam keladan |
Busy di kampung tak sempat nak blogwalking. Lepas selesai tahlil tolong buat hantaran anak buah. Asalnya belah perempuan dah buatkan semua. Kami tambah-tambah dan adjust sikit-sikit la apa yang patut.
Sambil borak-borak sedar tak sedar dah tengah malam. Hampir 1 pagi baru la Cie tidur. Kalau kat rumah sendiri 10-11 malam dah tidur.
17 Ulasan
Seronok.nya dpt kumpul ramai²... alhamdulilah majlis doa selamat nya berjalan lancar..
BalasPadamseronoknya berkumpul ramai. makanan semua pun meriah sangat
BalasPadamAiiiih menunyaaa, sedaap nih pasti 😍😍😍. Iyalah kak, kalau dah kumpul saudara begini, mana bisa tidur cepat 😄. Pasti melepas rindu , banyak mengobrol kan
BalasPadambuah keladan tu tengah musim sekarang ye Cie kat sana?susah nak dapat tu,4-5 tahun jmp sekali
BalasPadamBlk kg dh ramai2 gitu la...Brborak smp tak igt jam..Hahaha
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamUkhuwah persaudaraan terus terjalin.
Sedap semua menu tu.. teringin pula hati ayam goreng gitu.
BalasPadamKeladan pertama kali tengok.
seronok bila berkumpul, memang tak perasan la masa berlalu..
BalasPadamulam keladan tu, tak pernah pula linda kenal
First time dengar ulam keladan. Semua makanannya sedap-sedap tuh. Ini bisa mengundang menambah nasi. Paling berkenan dekat hati ayam itu.
BalasPadambestnya mkn beramai2. meriah betul menunya tu
BalasPadamLauk tempoyak ulam keladan memang terangkat! Alhamdulillah, dipermudahkan urusan majlis tahlil dan gubahan hantaran anak buah di kampung.
BalasPadamAlhamdulillah dipermudahkan urusan majlis tahlil dan gubahan hantaran. Bila balik kampung memang confirm tidur lewat sebab layan berborak
BalasPadamKalau la ammi ada kat kenduri tu, ammi pun taktau apa je ammi boleh makan. Mungkin kacang goreng dengan pedal tu kot. Lauk yg ada tempoyak mmg tekak ammi reject terus.
BalasPadamSelalu gitulah bila berkumpul dan kita dah exceed waktu tidur. Memang mata jadi auto terang
Keladan itu apa eh? Pertama kali baca.
BalasPadamMemang lauk kampung semua. Beli lauk keladi banyak ya kena beli.
Alhamdulillah..Dah berkumpul tu dapatlah buat tahlil dan doa selamat sekali kan. Kalau masak ni serahkan tugas pada kakak je lah kan. kita ni chef kat rumah je lah mampu. Tolong apa yang patut je. Ohh nama dia ulam keladan ye. Pernah nampak kat blog kak SK tapi tak tahu apa namanya. Sekarang dah tahu dah.
BalasPadamBaca entry ni pasal pedal tetiba teringin pula makan pedal. Btw, ulam keladan tu ulam apa Cie ? Faa tak penah dengar.
BalasPadamAlhamdulillah amal jariah ..sedekah kepada arwah tahlil doa itu cahaya di alam kubur..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.