Alhamdulillah malam tadi sempat la kami buat tahlil dan doa selamat dah alang-alang berkumpul adik beradik.
Selepas Isyak abang Cie yang kelima memimpin tahlil dan doa dibaca oleh anaknya yang berumur 11 tahun. Anak-anak lelakinya semua pandai baca doa.
Menu dinner kami dimasak oleh Kak Long. Cie tolong potong-potong jela apa yang patut. Menu gulai masam ayam (tempoyak), ikan sungai goreng, hati dan pedal goreng, gulai keladi (tempah), sambal tempoyak dan ulam keladan.
 |
| Gulai masam ayam (tempoyak) |
 |
| Acar timun masak |
 |
| Hati ayam goreng |
 |
| Pedal goreng dengan kacang |
 |
| Gulai keladi (yang ni beli je tak masak) |
 |
| Sambal tempoyak dan ulam keladan |
Busy di kampung tak sempat nak blogwalking. Lepas selesai tahlil tolong buat hantaran anak buah. Asalnya belah perempuan dah buatkan semua. Kami tambah-tambah dan adjust sikit-sikit la apa yang patut.
Sambil borak-borak sedar tak sedar dah tengah malam. Hampir 1 pagi baru la Cie tidur. Kalau kat rumah sendiri 10-11 malam dah tidur.
11 Ulasan
Seronok.nya dpt kumpul ramai²... alhamdulilah majlis doa selamat nya berjalan lancar..
BalasPadamseronoknya berkumpul ramai. makanan semua pun meriah sangat
BalasPadamAiiiih menunyaaa, sedaap nih pasti 😍😍😍. Iyalah kak, kalau dah kumpul saudara begini, mana bisa tidur cepat 😄. Pasti melepas rindu , banyak mengobrol kan
BalasPadambuah keladan tu tengah musim sekarang ye Cie kat sana?susah nak dapat tu,4-5 tahun jmp sekali
BalasPadamBlk kg dh ramai2 gitu la...Brborak smp tak igt jam..Hahaha
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamUkhuwah persaudaraan terus terjalin.
Sedap semua menu tu.. teringin pula hati ayam goreng gitu.
BalasPadamKeladan pertama kali tengok.
seronok bila berkumpul, memang tak perasan la masa berlalu..
BalasPadamulam keladan tu, tak pernah pula linda kenal
First time dengar ulam keladan. Semua makanannya sedap-sedap tuh. Ini bisa mengundang menambah nasi. Paling berkenan dekat hati ayam itu.
BalasPadambestnya mkn beramai2. meriah betul menunya tu
BalasPadamLauk tempoyak ulam keladan memang terangkat! Alhamdulillah, dipermudahkan urusan majlis tahlil dan gubahan hantaran anak buah di kampung.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.