Alhamdulillah malam tadi sempat la kami buat tahlil dan doa selamat dah alang-alang berkumpul adik beradik.
Selepas Isyak abang Cie yang kelima memimpin tahlil dan doa dibaca oleh anaknya yang berumur 11 tahun. Anak-anak lelakinya semua pandai baca doa.
Menu dinner kami dimasak oleh Kak Long. Cie tolong potong-potong jela apa yang patut. Menu gulai masam ayam (tempoyak), ikan sungai goreng, hati dan pedal goreng, gulai keladi (tempah), sambal tempoyak dan ulam keladan.
 |
| Gulai masam ayam (tempoyak) |
 |
| Acar timun masak |
 |
| Hati ayam goreng |
 |
| Pedal goreng dengan kacang |
 |
| Gulai keladi (yang ni beli je tak masak) |
 |
| Sambal tempoyak dan ulam keladan |
Busy di kampung tak sempat nak blogwalking. Lepas selesai tahlil tolong buat hantaran anak buah. Asalnya belah perempuan dah buatkan semua. Kami tambah-tambah dan adjust sikit-sikit la apa yang patut.
Sambil borak-borak sedar tak sedar dah tengah malam. Hampir 1 pagi baru la Cie tidur. Kalau kat rumah sendiri 10-11 malam dah tidur.
3 Ulasan
Seronok.nya dpt kumpul ramai²... alhamdulilah majlis doa selamat nya berjalan lancar..
BalasPadamseronoknya berkumpul ramai. makanan semua pun meriah sangat
BalasPadamAiiiih menunyaaa, sedaap nih pasti 😍😍😍. Iyalah kak, kalau dah kumpul saudara begini, mana bisa tidur cepat 😄. Pasti melepas rindu , banyak mengobrol kan
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.