Tahlil Dan Doa Selamat Keluarga

Alhamdulillah malam tadi sempat la kami buat tahlil dan doa selamat dah alang-alang berkumpul adik beradik. 

Selepas Isyak abang Cie yang kelima memimpin tahlil dan doa dibaca oleh anaknya yang berumur 11 tahun. Anak-anak lelakinya semua pandai baca doa. 

Menu dinner kami dimasak oleh Kak Long. Cie tolong potong-potong jela apa yang patut. Menu gulai masam ayam (tempoyak), ikan sungai goreng, hati dan pedal goreng, gulai keladi (tempah), sambal tempoyak dan ulam keladan. 

Gulai masam ayam (tempoyak) 


Acar timun masak

Hati ayam goreng

Pedal goreng dengan kacang

Gulai keladi (yang ni beli je tak masak) 

Sambal tempoyak dan ulam keladan

Busy di kampung tak sempat nak blogwalking. Lepas selesai tahlil tolong buat hantaran anak buah. Asalnya belah perempuan dah buatkan semua. Kami tambah-tambah dan adjust sikit-sikit la apa yang patut. 

Sambil borak-borak sedar tak sedar dah tengah malam. Hampir 1 pagi baru la Cie tidur. Kalau kat rumah sendiri 10-11 malam dah tidur. 


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Seronok.nya dpt kumpul ramai²... alhamdulilah majlis doa selamat nya berjalan lancar..

    BalasPadam
  2. seronoknya berkumpul ramai. makanan semua pun meriah sangat

    BalasPadam
  3. Aiiiih menunyaaa, sedaap nih pasti 😍😍😍. Iyalah kak, kalau dah kumpul saudara begini, mana bisa tidur cepat 😄. Pasti melepas rindu , banyak mengobrol kan

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.