Balik Kampung Jenguk Cucu

Faiz takde hari ni jadinya kami 3 beranak plan nak balik kampung kejap jenguk cucu kecik yang berumur 2 minggu tu. Bosan duk rumah lari la kejap balik rumah Kak Ngah. 

Sebelum balik singgah beli sarapan dulu. Selalu la lupa nak snap gambar menu sarapan yang meriah kat gerai tu. Snap gambar sarapan yang dibeli jela. 10am dah sampai rumah Kak Ngah.


Waktu kami sampai ada nurse buat lawatan ke rumah nak check baby. Cie terus ke dapur sarap dulu sambil borak dengan anak buah. Anak buah Cie dah besar anak Kak Ngah ni. 

Lama dah teringin nak makan nasi lemak bungkus daun pisang. Jumpa tadi terus beli. Alhamdulillah sedap. Anak Kak Ngah pun cakap sedap. Beli kuih muih jugak tadi. Kak Ngah tak buat sarapan tak sempat duk jaga cucu. 


Sampai waktu lunch Kak Ngah suruh Cie masak pulak. Cie masak ayam goreng kicap, keli tumis tempoyak dan belimbing, tempe celup tepung dan sayur siew pak choy goreng. Siap lunch eh dia suruh masak mi goreng pulak untuk minum petang kang. 





Nampaknya petang jugak la baru balik ni kang. Nak main dengan cucu, umur baru 2 minggu ni memang tidur jela kerjanya. Bangun menyusu, nanti tidur semula. Dah lama tak beranak kecik ni memang teruja la ada baby lagi-lagi boy. Kitanya anak gegirl belaka. 

Melepak la kat rumah Kak Ngah sampai petang. Takdela bosan sangat blog pun dah kembali ok selepas 24 jam tak boleh komen. Ramai jugak hadapi masalah sama. Entahla blogspot ni upgrade apa lagi. Baru je lagi blog kena suspended hari tu. 


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Syukur sangat blogspot dah bisa komen. Kemarin tuh Krn ada list BW di grub blogger Indonesia, jadi pening nak selesaikan tugas BW. Sebab due date nya ada.

    Harap2 tak ada lagi masalah blogspot nih.

    Asiknya kalau rumah saudara dekat kan. Bisa datang anytime 😄. Saya rindu adik2, terpaksa Videocall

    BalasPadam
  2. Sy pun ada cucu sedara dtg ke rumah masa cuti Maulidurrasul tempohari. Noah namanya. Sgt friendly. Sapo2 nak dukung pun dia suka. Harap2 komen ni lepas tapisan blogger lah ye. Geram tul bila x leh komen semalam.

    BalasPadam
  3. Cucu saudara akak yang baru kat Brunei. Hari tu mak toknya dah pergi jenguk rindu nak gomol cucu baru. Kita pulak tunggu le keluarga Brunei balik Malaysia baru boleh kelek.

    BalasPadam
  4. Besstnya dapat sarapan nasi lemak daun pisang. lagi best dapat cium bau baby.. manis je bau dia

    BalasPadam
  5. Linda dari semalam la tak boleh komen tu... Sampai tengah hari tadi.. stress pula rasa

    BalasPadam
  6. Alolo bestnya ada baby... tu la kan dah x merasa dah ada baby kt rumah lagi.. kena cr tumpang² rumah org yg ada baby je la lps ni 🤣🤣

    BalasPadam
  7. Rajin Cie, berjenis-jenis dimasak.

    Akak ada 3 orang cucu saudara yang belum pernah jumpa, ginilah bila duduk merantau jauh 😄

    BalasPadam
  8. baby 2 minggu memang tidur jelah kejenya. nanti dah 3 bulan ke atas baru seronok nak agah2

    BalasPadam
  9. Tahniah dapat cucu. Rajinnya Cie masak perbagai jenis lauk

    BalasPadam
  10. Sibuk sangatlah Kak Ngah tu ye, sampai tak sempat ke dapur. Untung adiknya pandai masak hehe...

    BalasPadam
  11. Sy pun baru dpt cucu sedara twin =D

    BalasPadam
  12. busy betul kak ngah tu yaa

    baru 2 mggu... sedap tuuu bau baby baru lahir wangiiii

    BalasPadam
  13. masa pagi jumaat tu MZ stress sbb tak leh nak komen kat blog so tak jd lah BW ilang abih mood

    BalasPadam
  14. memang langkah kanan la kakngah bila adiknya balik...boleh jadi "bibik" didapo hahah

    BalasPadam
  15. Mujurlah dekat, senang nak jengah cucu buah Cie. Sebagai tetamu, eloklah kita bawa makanan dan apa yang perlu kan, dapat juga makan bersama. Biasa macam tu lah kalau pergi rumah adik beradik.
    Bagus jugalah Cie datang melawat, dapat juga tolong masak. Seronok lah dapat main dengan baby baru. Bau baby tu yang best kan. Wangiii...
    Entah apa lagilah masalah blogspot ni. Macam-macam hal dia buat lately.

    BalasPadam
  16. Tahniah dapat cucu.. akak ada sorang je.. anak abang Muhammad.
    Sedap aih bau baby.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.