Terima Hadiah Screenshot Pageview 1 Juta Dari Blogger Linda

Hari Khamis minggu lepas 24 September 2026, masa on the way ke Temerloh tu Cie sempat la blogwalking. Masa tu terjah blog Linda makin dekat dah dengan 1 juta.

Tengok-tengok eh dah 1,000,002. Cie pun terus screenshot send kat Linda. Linda ada umumkan contest screenshot 1 juta pageview sekali dengan post birthday nya. Tu yang Cie perasan ada contest. 



Tahniah Linda dah capai pageview 1 juta. Bukan mudah nak capai 1 juta ni. Bila dah capai tu bermaksud kita semakin serius berblog. Semoga terus boleh capai next pageview 2 juta pulak. 

Hari Jumaat Linda whatsapp mintak details. Bermakna Cie berjaya la screenshot 1 juta tu walaupun masa tu terlebih 2. Tak dapat ngam-ngam. 

Petang Ahad Cie dengar ada kereta kat depan rumah. Selalunya courier hantar barang je. Tapi Cie takde beli apa-apa. Faiz keluar petang tu dia bawak masuk 1 kotak nama Cie. 

Cie memang fikir mesti hadiah kiriman Linda la ni. Takde orang lain dah. Cie pun whatsapp Linda, betul la hadiah kiriman Linda. 



Alhamdulillah terima kasih Linda. Banyak sangat kiriman tisu ni. Sekotak tu ada 4 bungkus tisu dalam tu. Rumah Cie memang pakai tisu jenis gantung ni letak kat meja makan. Macam kat kedai senang nak guna. 

Adik Rania awal-awal dah mintak 1 nak letak kat bilik dia. Dia letak kat tepi meja study. 


Semoga murah rezeki Linda selalu. Semoga lepas ni capai 2 juta pageview pulak. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Alhamdulillah tahniah Cie!
    Berguna sangat hadiahnya ni 👍🏻

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.