Menu Berbuka Puasa 23 Ramadan 1445H - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 3 April 2024

Menu Berbuka Puasa 23 Ramadan 1445H

 23 Ramadan 1445H

Menu Berbuka Puasa 23 Ramadan 1445H

Semakin hampir ke penghujung Ramadan dah. Idea nak masak menu berbuka pun dah kering. Taktau dah nak masak apa. 6 hari je lagi nak raya. Persiapan raya pun biasa je takde meriah sangat. Cuti raya pun tak ambil awal. Banyak kerja menimbun nak cuti pun takde mood.

Menu berbuka 23 Ramadan Cie masak nasi lemak sambal udang. Ada ikan bilis goreng, telur rebus dan timun. Tak dilupakan keropok goreng. Cie memang suka makan nasi lemak dengan keropok.

Hari ni berbuka 3 beranak je. Babahnya berbuka kat luar dengan kawan kerja. Tu yang nasi sikit je tu. Alhamdulillah semua habis takde membazir. Anak-anak makan nasi bertambah-tambah sedap sangat nasi lemak ibu. Hihi

Alhamdulillah rezeki hari ni. Tadi pun bos ada bagi kuih buah melaka dia beli kat bazar ramadan hospital. Comel je kuihnya 8 biji. Nampak comel tapi takde sangat rasa gula melaka tu. Secoet je letak kot. Tu yang tak suka kuih beli ni. Selalunya tak sedap.

Tahun ni Cie takde buat kuih buah melaka. Selalunya buat sendiri baru puas makan. Hujung minggu je ada masa nak buat kuih pun.

14 comments:

  1. Sedap sambal udang tu.. Mcm nak buat nasi lemak jugak lah esok...
    Linda pun amik cuti ry hr jumaat je shri

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Cie pun cuti raya jumaat tu je dan sambung sampai isnin tu sesaja ambil.

      Delete
  2. bila dh ujung2 gitu la kan...sedap tu nasi lemak lauk sambal udang

    ReplyDelete
  3. Bulan puasa ni pun ada masak nasi lemak pandan. Buat sambal sotong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cie tak makan sotong tu buat udang. hihiihh

      Delete
  4. sedapnye sambal udang.. lady pun dah kekeringan idea dan kemalasan melanda.. maka lady akn cr rumah kakak2 yg sgt ramai ni untuk berbuka di rumahnya.. :P.. hr ni ldy request kakak biras untuk berbuka di rumahnya.. Alhamdulillah settle untuk hari ini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh bagus idea tu berbuka rumah family. hihihi

      Delete
  5. PH masak nasi lemak utk sahur Ahad lepas. Lama tak makan nasi lemak, teringin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la bulan puasa kalau teringin masak sendiri jela.

      Delete
  6. Nasi lemak menu kak SA Sabtu minggu lepas, kebetulan suami plak request kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena ada menu nasi lemak bulan puasa susah nak cari.

      Delete