Kem Booster Alpha UPKK Siri 3

19 Julai 2025 9 pagi hingga 9 malam merupakan hari bagi Kem Booster Alpha UPKK Siri 3 sekolah KAFA adik Rania. Sepanjang bulan Julai ni setiap minggu hari Sabtu kem ini berlangsung. Sekejap je dah habis sampai siri 3.

Pukul 8.55 pagi adik Rania dah pergi ke sekolah KAFA sebab dah nampak kawan-kawan dia dah ramai yang datang. Dekat je dari rumah so jalan kaki jela. 

Kem Booster Alpha UPKK Siri 3

Macam biasa la bawak sepersalinan baju untuk mandi sebelah petang. Biasanya petang-petang ada aktiviti riadah. Siri 3 ni aktiviti kat dewan je tak keluar dari sekolah. Lagipun cuaca panas terik mungkin sebab tu la takde riadah outdoor.

Makanan pun tak hantar kali ni sebab ada parents yang sponsor untuk lunch dan dinner sekali. Ustazah maklum dalam group dan senaraikan menu yang disediakan.

Menu yang disediakan untuk makan tengahari:

  • Nasi putih
  • Ayam kicap
  • Sayur kobis
  • Buah
  • Air sunqick 
Kem Booster Alpha UPKK Siri 3

Menu yang disediakan untuk makan malam:

  • Nasi goreng cina
  • Ayam goreng
  • Buah
  • Air Blackcurrent

Jazakumullahu khayran kepada penjaga yang sudi berkongsi rezeki. Semoga Allah SWT membalas kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda. Aamiin.

Sebelah petang Cie hantar cocktail pulak. Dah plan nak bagi cocktail untuk anak-anak makan kat kem. Seronok sangat semua dapat cocktail. Adik Rania cakap habis semua cocktail ibu buat 38 bekas. Pelajar 28 orang je yang selebihnya tu bagi untuk ustazah juga yang bertungkus lumus menjalankan kem setiap minggu korbankan masa seharian mendidik anak-anak.

Kem Booster Alpha UPKK Siri 3

Minggu ni ustazah takde share gambar aktiviti. Penat sangat kot setiap minggu dari pagi sampai malam mengajar anak-anak. Melayan kerenah anak-anak seharian bukan mudah juga. Kena banyak bersabar mengajar anak-anak.

Bulan Ogos ni nanti taktau la apa aktiviti pulak ustazah nak buat untuk anak-anak UPKK. Belum ada lagi jadual untuk Ogos.

7 Comments

  1. good luck Rania, comel sangat, seronok kan Cie berkongsi rezeki dengan anak-anak nih, nak nak lagi dekat dengan rumah senang nak hantar :)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. semoga cie sentiasa dimurahkan rezeki.. ^^

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..Seronok kids dpt mkn cocktail..

    BalasPadam
  4. semoga kegiatannya lancar... salam perkenalan dari saya. Ijin saya follow blognya. :D

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki anak2 semua dapat makanan sedap2 pulak tu.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Copyright © ROZIAH_CIE. Designed by OddThemes