Dinner di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur Kuantan

Dah sampai Kuantan kan kena la cari port makan ikan bakar atau seafood. Marilah kita menyambung cerita Kuantan yang belum habis lagi ni. Bila bercuti di mana-mana ada la content kat blog kita. Cie pulak memang dah plan setiap hari at least minimum 1 entry. Dah alang-alang nak aktif berblog dan jana income Google Adsense so kena buat betul-betul.

Sekarang pun dah takde buat apa-apa bisnes. Jadinya masa terluang tu ada banyak yang kita boleh isi dengan benda berfaedah. Social media lain pun Cie dah tak aktif sangat dah. Malas nak upload kat Facebook atau Instagram dah. So blog jela yang Cie fokus sekarang.

Berbalik kepada cerita kedai makan tadi. Lepas balik dari berkelah di Pantai Kempadang tu Faiz cakap terus dinner jela. Perjalanan balik dari pantai memang lalu Tanjung Lumpur, area yang banyak kedai makan.

Mulanya Cie ajak Faiz singgah Mail Ikan Bakar. Dulu dah pernah makan situ masa anak-anak kecil. Sedap juga masakan kat situ. Bila sampai je tengok full kedainya. Cie terus ajak Faiz cari kedai lain jela. Tengok meja memasing pun ada yang tak dapat makanan lagi. 

Lalu kat Ana Ikan Bakar Petai pun sama penuh jugak. Kami ke depan sikit tengok eh ada lagi kedai Ana cawangan lain pulak. Kedainya ada 2, 1 di depan dan 1 di belakang. Yang depan tu penuh. Yang belah belakang lagi luas dan masih ada meja kosong. Kami masuk ke dalam tengok parking takde kosong. Keluar semula dan Faiz parking tepi jalan utama je.

Kedai ana ikan bakar petai kuantan
Kat signboard parking masuk tu la surau. Ni kedai belakang. Yang didepan ada jugak 1. Parking yang lagi 1 masuk ke dalam sikit tu sebelah kanan gambar ni. Tak nampak dari luar. Ada jalan masuk lain ke situ. Ramai parking tepi jalan je.

Ada juga parking lain disediakan cuma masa tu kami tak masuk ke situ sebab takut jauh nak jalan. Rupanya dekat je dengan yang kedai belakang tu. Kat Ana Ikan Bakar Petai tu ada surau dan tandas disediakan. So jangan risau kalau waktu solat dah masuk tapi makanan belum sampai boleh la ke surau solat dulu. Playground pun ada boleh la anak-anak main sementara tunggu makanan sampai.

Memang famous Ana Ikan Bakar Petai ni. Beberapa kali jugak dah makan kat cawangan mereka. Cie rasa rakan-rakan blogger pun pernah juga ada pengalaman makan di Ana Ikan Bakar Petai kan?

Dalam Kedai makan ana ikan bakar petai kuantan

Anak-anak penulis di ana ikan bakar petai kuantan

penulis di ana ikan bakar petai kuantan

Kami duduk kat meja je terus ada pelayan ambil order air dan makanan. Kami order nasi, air, sayur, tomyam je melalui pelayan tu. Untuk makanan lain ada kaunter lain, bahagian seafood pun ada kaunter lain.

Untuk keropok lekor goreng dan kerabu mangga ada kaunter lain yang terus kena bayar di situ masa order dan ambil terus di kaunter. Untuk air kelapa boleh order melalui pelayan tapi kena bayar terus kepada penghantar air tu.

Bahagian seafood ada kaunter lain. Boleh pilih seafood apa kita nak, timbang dan bagitau nak masak apa. Kita perlu bagi nombor meja sahaja nanti mereka akan hantar ke meja terus.

Seafood yang dipilih di ana ikan bakar petai

Seafood di ana ikan bakar petai

Jenis masakan di ana ikan bakar petai

Jenis-jenis seafood di ana ikan bakar petai

Kami order pelbagai jenis makanan malam tu. Antaranya:

  • Teh o ais 2 - RM5.00
  • Tembikai ais - RM4.30
  • Air kelapa - tak ingat harga berapa Faiz terus bayar kat kaunter air kelapa
  • Nasi putih 4 RM7.60
  • Kangkung belacan RM5.50
  • Tomyam campur RM8.00
  • Siakap bakar petai RM53.04
  • Udang butter RM44.65
  • Kerabu mangga RM5
  • Keropok lekor - taktau harga lupa nak tanya Faiz dia bayar terus kat kaunter keropok

Minuman di ana ikan bakar petai

Keropok lekor di ana ikan bakar petai

Kerabu mangga di ana ikan bakar petai

Kangkung belacan di ana ikan bakar petai

Tomyam campur di ana ikan bakar petai

Nasi putih di ana ikan bakar petai

Udang butter di ana ikan bakar petai

Siakap bakar petai di ana ikan bakar petai

Total semua sekali RM135.80 termasuk SST. Cuma harga air kelapa dan keropok je taktau harga. Rasanya agak-agak RM150 la kot semua sekali. Air kelapa dan keropok tu takde resit. Yang lain-lain tu ada snap resit. Kalau tak, tak ingat jugak seminggu lebih dah masa berlalu. Kami makan situ 20 September yang lepas.

Resit makanan di ana ikan bakar petai

Siakap bakar petai tu lambat sikit sampai antara makanan lain tu. Nak bakar kan lambat la. Masa tu kami dah siap makan dah. Ratah jela ikan. Setengah jam selepas menu lain sampai, baru ikan sampai. Dah tentu kami kelaparan dah ngap dulu yang lain-lain tu.

Siakap bakar petai di ana ikan bakar petai

Overall pada Cie makanan kat Ana Ikan Bakar Petai ni memang sedap. Sebab tu kedainya sentiasa penuh dengan pelanggan yang datang bercuti di Kuantan. 

Cuma udang butter tu je Cie rasa macam tak menjadi. Lain betul rupa. Telurnya jadi macam telur dadar hancur dan macam berminyak banyak sangat bawah udang tu. Jadi kurang sedap yang tu. Yang lain semua sedap.

Service walaupun ramai pelanggan tak la terlalu lama kami kena menunggu. Cie tengok time setiap kali makanan sampai Cie ambil gambar. So boleh la track record masa menunggu di situ. Boleh jadi panduan sesiapa yang nak makan di situ nanti.

Pukul 7.24 malam kami selesai buat order air, nasi, tomyam dan kangkung. 7.29 malam siap pilih dan timbang seafood. 7.33 malam air, kerabu mangga dan keropok sampai.

7.38 malam pulak nasi putih, tomyam campur dan kangkung belacan sampai di meja. Waktu ni la anak-anak tak sabar nak makan dah. So kami pun makan jela apa yang ada dulu. 

Udang butter sampai 7.43 malam dan akhir sekali ikan siakap bakar petai sampai 7.58 malam. Tak sampai sejam pun semua makanan dan minuman sampai. Kalau tengok kedai tu besar dan ramai pelanggan. Mostly datang bersama keluarga ramai-ramai. Pekerja pun ramai. Sebab tu service tak lambat.

Ratah ikan bakar petai tu memang puas hati. Kakak Raisha je taknak makan sebab ada petai. Dia dengan babah dia je tak makan petai. Cie dan adik Rania memang hantu petai. Cie suruh jugak kakak Raisha rasa isi ikan je. Dia dah buat muka pelik. 

Siap makan Faiz terus ke kaunter bayaran. Just bagitau nombor meja dan boleh buat bayaran. Memang puas hati makan di Ana Ikan Bakar Petai Kuantan. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. ana ikan bakai petai ni slalu dgr org kuantan dok sebut tp bila pi kuantan tk kesempatan nk try...tp cawangan kt kl ada juga cumanya baca feedback rmi ckp tk sama mcm yg original kt kuantan

    BalasPadam
  2. MZ pernah mkn sekali kat sini(zmn2 zharfan study kat gambang)...cuma nasib time gi mkn tu, lmbr giler dpt order dan tersalah order/mixed up dgn meja sebelah..so memang bad mood jd nya...then pagi esok tu my zharfan cirit birit plak sbb mkn kat situ...nasib kurang baik

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.