Majlis Sambut Menantu Luqman & Ain di Sri Manja Hotel Kuantan

Selepas check out dari Sri Manja Hotel Kuantan kami terus hantar beg ke dalam kereta kat parking basement. Hari Sabtu 20 September 2025 merupakan Majlis Menyambut Menantu anak Pakcu dan Maksu di Cendana Ballroom Hotel Sri Manja Kuantan. 

Kami masuk ke ballroom lebih kurang pukul 11.15 pagi. Tetamu dah ramai mula masuk dan makan. Majlis bermula jam 11 pagi. Terus cari tempat untuk duduk. Kami ni kira side keluarga lelaki jadinya takdela perarakan masuk ke ballroom. 

Majlis sambut menantu luqman dan ain


Tema Warna Lilac

Baju pun kami tak ikut tema. Cie pun taktau Faiz dan family dia deal macam mana dengan Maksu. Asalnya semua adik beradik dia nak pergi belah perempuan kat Putrajaya so Maksu bagi la baju hijau. Last minute baru dapat tau family Makngah akan ke Kuantan so mereka dapat tema baju purple. Dan last minute jugak abang kedua Faiz pergi belah lelaki di Kuantan. Cuma Faiz, kakak sulungnya dan abang nombor 3 je ke Putrajaya.

Masa kat Putrajaya tu Maksu dah berkali-kali jugak ajak ke Kuantan. Kami tak bagi kata putus pun nak pergi ke tak. Tapi sebab Faiz nak jumpa MakNgah last minute hari Khamis tu baru decide nak pergi Kuantan. Itupun selepas Maksu beria nak booking bilik dah. Memang takdela baju purple. Rupanya bukan purple tema mereka lilac. 

Keluarga besar sebelah suami penulis

Family kakak ipar Cie pun takde tema lilac tu. Kami pakai apa adanya je. Atas pelamin family Faiz dan family kakak ipar Cie jela takde sama tema. Mula segan jugak nak naik sekali tapi sebab Maksu ajak jugak. Faiz takde dia duduk kat luar hall masa tu dengan 2 orang anak buah dia. Masa Cie call tu mereka masuk kami dah atas pelamin. 

Selepas bergambar keluarga kedua belah pihak tu emcee announce sesiapa nak naik bergambar dengan pengantin boleh la naik. Faiz pun ajak la sekali lagi ambil gambar kami je. Pengantin lelaki tu Luqman sepupu Faiz. Anak Pakcu Faiz yang kedua.

Penulis bergambar bersama pengantin

Penulis dan 2 orang anak perempuan

Penulis dan suami


Sepatu Tinggi Wedding Planner by Azizi AF

Maksu ambil event planner Azizi AF. Masa tengok aturcara tu Sepatu Tinggi Wedding Planner by Azizi AF. Lepas tu tengok atucara tu Azizi AF tu akan nyanyi 2 lagu. Emcee pun Azizi jugak. 

Cie pun cakap kat Faiz, Azizi ni penyanyi AF dulu kot. Faiz pun macam blur jugak taktau. Cie pun search kat Instagram jumpa la Azizi Akademi Fantasia 1 dulu. Tak ingat dah lama berlalu. Dia la emcee dan dia la yang nyanyi. Santai je dia jadi emcee. Lemah gemalai orangnya. Lupa pulak nak snap gambar Azizi. Cie cuma rekod dia nyanyi je dari jauh dan post kat story Instagram.


Menu Majlis Sambut Menantu

Masa masuk ke hall tu Cie duduk dulu kat meja. Faiz kata ambil jela makanan sementara tak ramai orang lagi. Sebenarnya masih kenyang sarapan di Bang Usin. Tapi nak jugak makan sebab banyak betul menu sampai rambang mata nak ambil mana dulu.

Meriah sangat menu sambut menantu Maksu ni. Tak semua jugak Cie makan. Sampai tak sedar la rupanya ada kambing golek. Tak golek dalam ballroom tu yang tak perasan. Antara menu yang ada:

  • Nasi putih & nasi minyak
  • Ayam masak merah 
  • Daging masak hitam
  • Gulai ikan aya
  • Labu air tumis
  • Acar timun & salad
  • Ulaman dan sambal
  • Buah tembikai, buah oren
  • Rojak buah & asam boi
  • Mushroom soup & aneka roti
  • Aneka dessert & kuih muih
  • Bubur pulut hitam
  • Kambing golek, coleslaw
  • Ais krim kon
  • Air balang sirap & oren, ada air panas juga

Memang meriah betul menunya. Tak mampu nak makan semua tu. Walaupun ambil sikit-sikit je. 

Bubur pulut hitam dan air oren

Buah asam boi dan tart

Aneka dessert disediakan

Menu makanan yang diambil

Mushroom soup, dessert, rojak buah

Mushroom soup & bread

Rojak buah



Goodies Majlis Sambut Menantu

Goodies pun meriah macam-macam ada. Masa nak balik tu family Maksu bagi macam-macam suruh kami bawak balik. Banyak sangat tak muat tangan nak bawak. Tengok gambar jela ye macam-macam ada ni.

Goodies biskut

Goodies untuk kanak-kanak

Goodies yang diterima

Goodies untuk kanak-kanak

Goodies yang diterima

Goodies untuk kanak-kanak



Keluar Hall 2 Petang

Kami mintak izin untuk balik dulu. Dah takde orang sangat masa tu tinggal family sebelah Maksu je yang ada. Mulanya kami nak keluar lagi awal tapi Maksu halang. Dia cakap tunggu dulu. Terkulat-kulat la kami dan family kakak ipar tunggu nak keluar hall.

Lepas family belah perempuan keluar hall tu baru la kami mintak izin lagi sekali kat Maksu nak bergerak dulu. Maksu pun apa lagi segala macam goodies yang ada dia bagi. Bukan takat Maksu, adik beradik Maksu pun sama. Katanya family kena banyak. Kita pun ambil jela mana yang muat tangan.

Majlis sampai 4 petang. Tak larat dah nak tunggu sampai majlis habis. Nak bergerak ke tempat lain pulak. Singgah dobi, lepas tu nak check in hotel lain pulak.

Mendobi sebelum balik

Plan last minute juga tu. Mujur la ada bawak baju extra. Kalau ikutkan kami gerak balik selepas habis kenduri. Malam Jumaat tu kakak Raisha baru cakap dia kena beli uniform KRS untuk pakai perhimpunan hari Isnin. Bertuah punya anak, dah nak buka sekolah baru bagitau. 
Jadinya Cie cakap kat Faiz stay jela 1 malam lagi. Nak balik selepas cari uniform tu takut penat sangat. 

So pagi Sabtu tu jugak la Cie cari hotel mana ada lagi yang masih ada bilik. Nasib masih ada sebabnya Kuantan busy weekend hari tu ada sambutan hari ATM. 

Nanti next entry la cerita hotel apa Cie stay.



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Wahhh..Best ni..Paling best dpt bwk blk mcm2 goodie bag =D

    BalasPadam
  2. buah tangan dari keluarga pengantin ler lagi best. Macam2 dapat tu. Kambing golek tu mesti laris

    BalasPadam
  3. Meriah goodies nya...
    Senang nak cari dalam gambar pengantin tu..mana satu Cie dan family..kikiki

    BalasPadam
  4. meriahnya majlis Cie, menu pun banyak alhamdulillah, selamat pengantin baru buat pasangan mempelai

    BalasPadam
  5. Semuanya serba meriah dari majlis, hidangan dan goodies. Selamat pengantin baru untuk sepupu husband Cie dan pasangannya.

    BalasPadam
  6. Sedap2 menu.
    Aritu pun dpt jemputan, ada kambing golek. Sedap!. Teringat2 sampai skg.

    BalasPadam
  7. sedap2 semua menu! siap ada mushroom soup, teringat kenduri kawan saya 2minggu lepas
    semoga kedua-dua mempelai bahagia hingga syurga

    BalasPadam
  8. Macam² jajannya tu.
    Masa baca sub titile tu ingatkan Cie pakai sepatu tinggi 😅
    Akak dok scroll gambar atas tengok kasut Cie🤭

    BalasPadam
  9. Majlis sambut menantu ini, kalau di Jawa sebutnya Ngunduh Mantu. Karena suami saya orang Jawa, jadi waktu itu memang diadakan juga dj jakarta.

    Tema Lilac maniiis sangat. Tak apa tak sama kak, sebenarnya ada warna merah di antara yg pakai lilac, malah membuat makin ceria warnanya.

    Issh dah lama sangaat tak mendengar akademi fantasia hahahaha. Dulu sempat ikutin, tapi lama2 memang tak lah.

    Best goodiesnya, banyak sangaaat 😍😍.

    Itulah anak kan, suka mendadak inform sesuatu . 🤣. Saya kadang sampai emosi kalo terlalu mendadak 😅

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.