Kadang-kadang blur taktau nak masak apa. Balik-balik menu sama je ayam goreng kicap, ayam masak lemak, ayam goreng celup tepung. Hari-hari masak macam tu la jadi tepu otak memikirkan menu. 3 beranak tu takde request. Mereka akan makan je apa ibu masak. Jadi ibu la kena fikir menu.
Masuk dapur, buka fridge tengok ada macam-macam. Mata terpandang Kewpie Roasted Sesame tu ada lagi sikit balance buat sos sukiya dulu. Tengok expired lambat lagi. Terus muncul idea perap jela dengan ayam lepas tu bakar. Boleh habiskan terus kewpie ni, sikit sangat dah tapi cukup la untuk beberapa ketul ayam.
Tu la mak-mak bila masuk dapur ada je idea yang muncul. Saja je try nak rasa sedap ke tak sedap. Rupanya sedap jadi Cie share la resipi. Kalau tak sedap malas la nak share.
Bahan-Bahan Perapan Ayam Bakar
- Ayam (dipotong sederhana)
- 3 sudu besar Kewpie Roasted Sesame
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil thyme kering
- 1 sudu besar rempah kisar (jintan manis, jintan putih, ketumbar)
Rempah kisar tu kena sangai kering dan kisar. Bila nak guna senang. Cie memang ada standby kadang-kadang masak nasi arab guna rempah kisar tu.
Cara Penyediaan Ayam Bakar
- Bersihkan ayam dan toskan airnya. Sementara tunggu air ayam tu turun kita sediakan bahan perapan.
- Campurkan je semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati.
- Gaulkan semua bahan perapan hingga sebati dengan ayam.
- Perap sekurang-kurangnya 1 jam (lebih sedap kalau semalaman dalam peti sejuk).
- Panaskan di dalam oven atau pemanggang arang.
- Bakar ayam hingga masak sempurna, kulit garing dan berbau harum.
Cie masuk oven je dengan suhu 180c lebih kurang 30-35 minit. Bahagian luar garing, isi dalam lembut. Air fryer pun boleh jugak. Cuma akan jadi kering kena renjis minyak sikit sebelum bakar dan kena terbalikkan tu yang malas guna air fryer. Cie guna oven tak perlu renjis minyak sebabnya air ayam tu akan keluar sekali lemak ayam jadi minyak.
Tips Perapan Lebih Sedap
- Guna sedikit minyak zaitun atau minyak jagung supaya ayam lebih juicy. Kalau guna air fryer.
- Balikkan ayam beberapa kali semasa membakar untuk elak hangit. Kalau guna pembakar arang.
- Kalau suka rasa pedas, boleh tambah lebih serbuk cili atau cili kering kisar.
- Boleh tambah rempah kari sikit untuk rasa lebih berenpah.
- Boleh juga titik serai sikit dan perap sekali.
Hidangan Sesuai Bersama Ayam Bakar
- Nasi putih panas
- Nasi tomato, nasi arab atau nasi minyak
- Salad segar atau ulam kampung
- Sos pencicah seperti air asam atau sos Thai
Cie buat ayam bakar ni takde pencicah pun. Makan dengan nasi putih, kuah lemak telur itik, ulaman. Menu camni pun dah buat anak-anak dan suami makan bertambah. Nasib baik kena dengan selera mereka ayam bakar tu.
Korang kalau try buat ayam bakar ni nanti share tau sedap ke tak ye. Cie ni dah buat beberapa minggu dah menu ayam bakar ni, baru sempat share bulan ni. Duk terperap je dalam draft.
14 Ulasan
Nanti nak try lah... nak sedap rempah kena sangai dulu eh... jarang masak guna rempah²
BalasPadamBab² rempah nie,memang takde lah dekat rumah Linda..kikiki
BalasPadamMenarik juga tu, perap dengan sos kewpie. Nampak menarik dan sedap, ayam bakar Cie masak.😋
BalasPadamNampak sedap ayam perapan sos kewpie tu, nanti nak cuba juga.
BalasPadamNak makan sedap ni kena rajin la cie Kan...adoiii dimana kerajinanku
BalasPadamOh...kena guna minyak zaitun @ minyak jagung yer...TQ tips yang berguna..
BalasPadamSemua bahannya saya ada di rumah 😍😍😍. Okelaaah nak masak ayam seperti ini esok.
BalasPadamSama kak, saya paling banyak stok ayam. Tapi kadang bingung nak dibuat apa. Krn balik lagi ke resep yang itu itu saja. Soalnya saya tak nak resep yg terlalu complicated, atau butuh waktu lama . Prefer resep mudah yg tak buh waktu banyak. JD bisa mengerjakan hal lain yg lebih penting
Saya selalu buat ayam bakar roasted sesame ni. Tapi tak campur dgn rempah ratus la. Kita tambah sos tiram, serbuk paprika n benda2 simple je
BalasPadamyg penting effort! home cooked meal is always the best
BalasPadamWow!..alhamdulillah..
BalasPadamHaah kan..akak selalu buat ayam bakar kewpie, kenapa la x letak rosemary tu sekali kan...mesti lagi sedap...
BalasPadamCantik kejadiannya.
BalasPadamcampur rempah tu yang jadi lagi sedap. Kadang makan gitu je pun dah sodap
BalasPadamkalau ammi kan...apa2 je yang guna kewpie roasted sesame tu mmg sedap. kadang-kadang ammi makan roti pun letak itu.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.