Sarapan di Bang Usin, Bandar Indera Mahkota Kuantan

Kalau ikutkan pakej bilik Sri Manja Hotel Kuantan yang Maksu dan Pakcu sponsor tu ada sekali breakfast. Tapinya kami tak turun pun untuk breakfast. Cie macam teringin nak breakfast kopitiam je. Jemu dah baru minggu lepas makan breakfast kat hotel. Mesti menunya lebih kurang. 

Cie google kopitiam near me dan jumpa kedai namanya Bang Usin. Ikut maps tu dalam 2 minit je. Kami beria naik kereta. Rupanya bila dah sampai tu sebelah hotel je pun. Alahai buat habis minyak je. Padahal boleh jalan kaki. Tak nampak sebabnya depan Bang Usin tu ada dipasang kanopi. Ada gerai jualan makanan malam-malam. Jadinya tertutup la signboard kedainya.

Signboard bang usin bandar indera mahkota kuantan

Nak sarapan yang simple je sebabnya pukul 11 dah nak ke kenduri kat ballroom hotel. Sure akan makan banyak. Kami turun sarapan pun masa tu dah 9.30 pagi. 

Antara menu yang kami pesan:

  • Cie: roti goyang cis dan kopi o ais
  • Faiz: roti usin dan kopi vietnam
  • Kakak Raisha dan Adik Rania: roti bakar kaya dan teh o ais

Minuman yang kami pesan di bang usin
Lagi 1 teh o ais terlupa hantar. Mintak baru mereka hantar.

Roti usin di bang usin
Roti usin dalam tu ada chicken slice, telur, sos dan cheese

Roti telur goyang cheese
Roti telur goyang cis

Roti yang digunakan pun bukan roti biasa tu. Tebal dan besar serta dibakar rangup. Memang sedap la. Cie punya pesanan tu mula-mula Cie tanya pelayan tu cis ni apa rupanya cheese. Dimelayukan jadi la cis bukan keju. Ingatkan saja letak nama cis tu.

Kopi vietnam di bang usin
Kopi vietnam

Roti kaya di bang usin
Roti kaya

Banyak juga pilihan menu lain di situ. Cie nampak ada kacang pool tapi malas nak order takut tak makan. Sebab tak pernah makan tapi teringin nak try. Best seller kat situ Cie rasa semua jenis roti bakar kot. Ada pelbagai jenis roti bakar. Pilihan air pun banyak jugak. Ada pelbagai jenis air kopi.

Tempat bakar roti di bang usin
Tempat bakar roti

Suasana kedai best la santai dan tenang je. Cuma tu la ada lalat pulak berkeliaran. Kedai tu konsep kedai terbuka. Bukan kedai yang ada aircond so memang susah nak kawal la lalat-lalat ni. Mungkin pemilik kedai kena pasang insect killer. 

Kami duduk di bahagian luar memang ada lalat duk berterbangan hinggap kat makanan kami. Kat kawasan dalam mungkin takde kot tak pasti jugak.

Penulis dan suami bersarapan di bang usin

Penulis dan keluarga bersarapan di bang usin

Tengah kami menunggu pesanan sampai ada penjual kerepek datang ke meja. Dia cakap “rasa je tak beli takpe”. Faiz terpengaruh dia beli sebekas yang kerepek ubi pedas basah tu. Cie tak rasa. Malas nak makan kerepek di pagi hari. Sebekas tu RM20. 

Kerepek ubi doa umi kuantan


Dekorasi kedai menarik. Banyak barangan antik dan lama dipamerkan. Cie suka vibes kedai macam tu. Vibes kedai kopi zaman dulu kala. Menarik la konsep kedainya.

Pintu masuk bang usin

Penulis di depan kedai bang usin

Dekorasi di bang usin

Harga makanan standard jela kot. Takdela mahal sangat. Kalau sedap harga mahal pun kita sanggup je bayar kan. Asalkan berbaloi apa yang kita dapat.

Bil makanan dan minuman di bang usin

Kalau korang ke Bandar Indera Mahkota Kuantan boleh la try sarapan di Bang Usin, CG1, Kompleks Dagangan Mahkota. Landmark sebelah je dengan Hotel Sri Manja.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Laa.. dekat aje rupanya, boleh pulak naik kereta ya. Konsep kopitiam macam tu la, kebanyakan roti bakar, tapi byk jugak pilihan tu roti bakar dia. Nanti kalau ada gi Kuantan, boleh kita singgah sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye tertipu pulak ingatkan bangunan lain. Rupanya sebelah je. Memang nampak la dari hotel kalau takde kanopi tu.

      Padam
  2. roti goyang tu ada cheese..ingatkan mcm caramel or kaya

    BalasPadam
  3. Tak berapa selesa kalau ada penjual luar masuk menjual sbb rasa terganggu. Tapi itula diorg pun nak cari rezeki kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kadang2 kita serba salah nak beli ke tak. Kat bandar besar selalunya ada banyak kali dah Cie jumpa.

      Padam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.