Tak rancang pun memang kebetulan je warna baju gelap je semua
Audit POS (Prosedur Operasi Standard), Audit Dalaman GMP (Good Manufacturing Practices) dan HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) ini dijalankan setiap tahun secara cross audit yang mana Penolong Pegawai Penyediaan Makanan setiap hospital akan audit Jabatan Dietetik dan Sajian hospital lain-lain mengikut jadual.
Turn jabatan Cie tahun ni sepatutnya bulan September tapi disebabkan terlalu busy. Maka nya kita anjak ke 1 Oktober. Sepatutnya 3 orang pegawai je setiap kali audit tapi kali ni pegawai dari Hospital Jerantut membawa staf nya juga untuk sama-sama datang audit.
Untuk sarapan pagi Cie sediakan kuih muih je. Singgah beli di gerai tepi jalan. Cie beli 4 jenis kuih. Karipap, kuih nona manis, kuih lapis dan kuih donut. Air pulak staf Cie buat teh o.
Makan tengahari Cie order dari kakak kantin hospital je. Nasi putih, ikan keli berlado, ayam masak lemak, sayur campur, sirap ais dan kakak kantin bagi keropok bagi gantikan tembikai dan kopi o yang tidak disediakan. Sepatutnya untuk sarapan dia kena bagi kopi o tapi pekerja kantin tak hantar tu yang Cie back up buat teh o.
Staf Cie buat pais patin. Sedapnya meratah pais patin. Dia buat 2 ekor. Salah seorang dari pegawai Jerantut tu pernah bertugas di Lipis dulu jadinya memang dah biasa dia selalu request pais patin tu.
Audit berlangsung dengan lancar. Biasa la ada teguran untuk penambahbaikan tu mesti ada kan. Jadi kita boleh belajar sesuatu yang baru dari pegawai lain. Jawatan Cie di Hospital Kuala Lipis ni sorang je. Nak jaga 1 jabatan dengan 15 orang staf agak mencabar la jugak. Cie ada bos cuma bahagian dietetik jadinya bahagian sajian memang Cie jela yang jaga.
Bukan senang ye nak manage 1 jabatan yang agak luas jugak la. Banyak peralatan, banyak stor, banyak ruang, jadinya memang kena ada pegawai yang jaga bahagian operasi. Cie tak mampu la nak jaga pengurusan, kewangan, operasi lagi. Dah mintak pertambahan jawatan tapi tu la seperti angin lalu je. Orang tak pandang pun kesusahan kita ni.
Bila orang duk mengata cakap orang kerajaan ni takde kerja Cie memang rasa nak marah sangat. Walaupun orang tu tak kata Cie tapi sebab bila sebut ‘kerajaan’ tu macam menyeluruh la kan. Banyak kerja jawatan Cie ni sampai terkadang rasa aku nak pencen je dah malas nak kerja mengadap peel manusia lagi, mengadap kerja lagi.
Tapi tetap la kerja jugak sebab banyak komitmen lain menanti. Nak pencen awal takde gaji pulak. Kalau ikutkan layak dah sebab dah lebih 10 tahun berkhidmat, dah lebih umur 40. Tapinya melangut la nanti takde gaji. Pencen dapat lambat lagi. Cie pencen wajib umur 58. Lagi 17 tahun kalau panjang umur. Tahun ni baru tahun ke 17 Cie berkhidmat sebagai penjawat awam.
Selesai cerita audit tahun 2025. Tahun 2026 nanti lebih banyak cerita audit lain pulak. Begini jela ada masa 3-4 audit sepanjang tahun. Penat gila mengadap audit ni. Kalau auditor ok takpela, dapat auditor yang mencari salah je kerjanya memang nak bergaduh la.
Begitulah kerja kan semuanya ada cabaran masing-masing. Takde kerja yang mudah. Yang penting kita laksanakan tugas kita dengan penuh rasa tanggungjawab. Kerja kan ibadah.
9 Ulasan
saya dh tak pyh pikir psl audit sbb dh tak pegang jwtn admin ;)
BalasPadamdulu masa duk dalam company selalu sangat menghadap auditor.. la ni dah feelance aka pekerja bebas hehe
BalasPadamAlhamdulillah dah selesai..=D
BalasPadamGitulah..orang nampak kita dok goyang kaki je, sebab kerja kita banyak yang mengadap fizikal...
BalasPadamKalau orang yang asyik ngadap PC je..dia lah terpaling sibuk..hihihi
Waaah teringat masa2 kerja di HSBC dulu, kalo dah musim audit, memang seraaam 🤣🤣. Apalagi kalau audit nya datang dari Hongkong dan UK. Tapi biasa hanya branch besar yg didatangi headquarters.
BalasPadamSetuju, kalo dapat auditor yg baik, memang senang sangat, jadi tak seram. Dan biasanya dia pun akan fair bagi tahu apa saja salah kita, dan perbaikannya di mana.
Krn pernah juga dpt auditor yg suka cari kesalahan. Sampai yg sepele pun dijadikan finding oleh dia.
Suami saya juga kerja auditor bagian risk control di CIMB. Tapi sekarang ini dia handle yg cases berat, apalagi menyangkut fraud. Kadang tak habis pikir kalau liat case yg melibatkan fraud sampai nominal besar. Mulai dari branch manager, sampai teller terlibat.
Mereka nih berani sangat melakukan itu , tak mikir akan ketauan kah ... Reputasi pun hilang, di blacklist di seluruh bank pula
Seram setiap kali ada audit ni.
BalasPadamMesti sedap airtangan staff Cie tu kan. Nampak pais ikan patin tu rasa teringin pulak 😅 tapi serik dah beli ikan patin dekat market & pasaraya sini, rasa lumpur :(
BalasPadamtk pernah try pais patin...kita br je lps kena audit tp masih byk soklan mcm2 walaupun smua dokumen dh submit
BalasPadamKalau akak kan...sebenarnya dah penat nak kerja tapi fikir loan rumah sampai umur akak 58tahun nanti...Dania masih belajar...lepas tu macam cie cakap melopong x buat apa walau ada je plan tapi x senang nak buat keputusan kan...hahahah...kerja je la erk...panjang umur pencen la nanti
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.