Minum Petang Di Familymart Kuala Lipis

Cubaan anak-anak mengajak babah berjalan-jalan tidak diendahkan. Hahaha. Bapaknya malas la tu. Jadinya sebelah petang tadi ajak la anak-anak melepak di Zus. Faiz hantar je dia bagi kad. Cie kata order guna apps bayar online je.

Masuk je Zus seramai-ramai manusia. Ada yang berdiri tunggu order, ada yang tengah duduk melepak dengan kawan-kawan. Sebelah bawah full takde meja kosong. Sebelah atas ada la 1 meja. Kami pun naik la dan duduk sambil buat order kat apps. Faiz tadi hantar je dia taknak melepak Zus.

Scroll dan add to cart dah yang Cie punya buttercreme spanish latte. Lepas tu anak-anak nak macaroni dan chocolate roll. Bila tang air takde yang anak-anak nak. Biasanya yang mango series je mereka minum. Takde pulak mango. Tak jadi buat order kami keluar dan terus ke Familymart.

Resit belian familymart

Masuk Familymart ok takde orang sangat. Kakak Raisha duduk dulu cop tempat. Cie dan adik Rania buat order. Kami order dry korean ramen, oden, corndog, hazelnut latte iced dan air fuzetea untuk anak-anak. Cie pun call Faiz ajak lepak FM je. Dia kat kedai kawan dia je. Kami makan je Faiz pun sampai.

Oden familymart

Korean dry ramen familymart

Corndog familymart

Melepak la kami 4 beranak makan di Familymart. Siap makan adik Rania kepedasan. Budak ni makan pedas sikit pun tak boleh lidah dia. Beli la aiskrim pulak satu sorang. Cie je order Safuto cone FM tu, 3 beranak tu beli aiskrim Walls.

Safuto strawberry familymart

Resit familymart

Faiz ajak cari ikan laga pulak nak bela. Singgah la kami kat kedai ikan. Nanti Cie share kat entri lain pulak.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Hari ni pun bawa budak-budak berjalan. Rumah ni yang liat nak keluar sebenarnya budak-budak, kena paksa baru nak ikut.

    BalasPadam
  2. Ha ah, dry ramen tu, pedas kan. Saya pun tak tahan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.