Voucher Sandwich 7E Cafe

Tengahari semalam Cie singgah 7E Cafe nak borong sandwich. Nak redeem voucher beli 6 percuma 1 sandwich. Beberapa hari lepas Cie nak redeem. Adik cashier tu kata error tak boleh. Kebetulan semalam tu manager dia rasanya jadi cashier, boleh je guna. Cie pun redeem la.

Voucher sandwich 7e cafe
Cara dapat voucher tu sebab kita kumpul stamp setiap kali beli sandwich. Kiranya kita dah beli 6 sandwich baru la dapat voucher. Beli 6 dapat percuma 1. 2 kali dah Cie redeem sandwich.

Kumpul stamp 7e cafe

Kopi pun dah beberapa kali dapat voucher tu tapi Cie tak redeem sebab banyak sangat nak kena beli 6. Pun sama juga 6 kali beli dapat 6 stamp. 

Borong sandwich tu malam tadi dah toast 3 set. Makan pukul 9 lebih. Sebab yang 3 tu expired 24 Oktober 11.59pm. Pagi tadi toast lagi 4 untuk sarapan. 

Borong sandwich 7e cafe

Chicken slice and cheese sandwich

French toast Chicken slice and cheese

Smoked Chicken slice and cheese sandwich

Cie tambah juga keropok lekor dan fries. Nak habiskan ada sikit lagi. Sarapan sandwich 7E Cafe jela pagi tadi. Kami paling suka yang chicken slice and cheese. Husband pulak suka yang french toast tu. Ada banyak je flavour lain tuna, telur dan banyak jenis lain lagi.

Sandwich 7e cafe toast

Menu breakfast

Makan macam ni pun dah terlebih kenyang. Husband takde pagi tadi. Awal pagi dia dah keluar ada program hari ni. Kami sarapan 3 beranak jela.


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Alhamdulillah rezeki tu... Boleh la makan sekeluarga sandwich tu..

    BalasPadam
  2. makan macam ni je pun dah kenyang kann

    BalasPadam
  3. Makan sandwich memang mengenyangkan. Ada lagi kentang goreng dan keropok lekor.

    BalasPadam
  4. oi nah , free, cantik gambar sekali nampak ..tertarik nak makan..hehehe

    BalasPadam
  5. Banyak dh mknan tu mmg kenyang simple mcm ni pn dh cukup utk sarapan pagi

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.