Sarapan Cekodok Pisang & Karipap

Menu sarapan di pagi Ahad, Cekodok Pisang dan Karip. Simple jela sarapan pagi ni. Malas nak masak menu yang berat.

Karipap kentang dan cekodok pisang

Semalam masa beli barang dapur kat BS Freshmart ternampak Pisang Berangan cantik je terus terfikir buat cekodok pisang sedap jugak ni. Lama dah rasanya tak buat.

Dulu setiap minggu buat cekodok pisang untuk bekal anak-anak. Sejak anak dah tak bawak bekal ke sekolah dah memang jarang buat cekodok pisang. Dah lama tak buat ni kita buat la cekodok pisang.

Bahan simple je tepung gandum, gula dan sedikit garam. Dah try and error campur bahan lain macam marjerin ada orang kata dapat tekstur lebih rangup. Pernah buat jadi penyek macam berminyak.

Ada orang kata letak baking powder nanti jadi cantik bulat je bila goreng. Nak bagi adunan tu naik kembang. Tak elok jugak kejadiannya.

So buat jela bahan basic. Cuma pisang jangan terlalu masak nanti jadi lembik. Guna yang sedang elok masak. Cie memang selalu guna Pisang Berangan untuk buat cekodok.

Cekodok pisang

Minggu lepas kawan Faiz ada bagi karipap segera 2 peket. Sepeket dah goreng minggu lepas, tadi goreng lagu sepeket. Sedap karipapnya tu. Rangup je kulit.

Karipap kentang

2 jenis jela menu sarapan pagi ni. Cekodok Pisang dan Karipap. Sekejap lagi kang baru sarapan dengan anak-anak. Faiz dah sarapan dulu dah sebelum dia keluar rumah tadi. Hari ni plan nak lunch di FamilyMart je request by anak-anak. Faiz dah tinggal duit tadi boleh keluar tengahari kang.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Sedappppppp....
    Akak pun kalau buat cekodok pisang basic gitu je.. tapi biasalah.. kadang terkeras... terlembik.. berminyak😆
    Hamboiii... anak² nak lunch FM pulak.. best laaa boleh gantung kuali.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.